بسم الله الرحمن الرحيم
Apabila huruf mim sukun (مْ) bertemu dengan huruf hijaiyah, maka ia mempunyai tiga hukum bacaan:
- Al-Ikhfa’ (الإخفاء)
- Al-Idgham (الإدغام)
- Al-Izhar (الإظهار)
Al-Ikhfa’ (الإحفاء)
- Pengertian: Ikhfa’ kebibiran kerana perimbangan dengan makhraj huruf mim yang keluar daripada dua bibir.
- Nama lain: Ikhfa’ syafawi (إخفاء شفوىّ)
- Cara bacaan: Serupa dengan bacaan Iqlab nun sukun dan tanwin bertemu dengan huruf ba’, tidak boleh merapatkan dua bibir tetapi hendaklah direnggangkan sedikit.
- Huruf: (1) - ب
- Contoh:
Al-Idgham (الإدغام)
- Pengertian: Idgham dua jenis huruf yang sama, kerana kedua-dua huruf mim yang bertemu adalah serupa pada makhraj dan sifat, dan huruf pertama bertanda sukun dan huruf berikutnya berbaris.
- Nama lain: Idgham mislaini saghir (إدغام مثلين صغير)
- Cara bacaan: Wajib mengidghamkan huruf mim sukun (pertama) ke dalam huruf mim yang berbaris (kedua) serta dengung sempurna (2 harakat).
- Huruf: (1) - م
- Contoh:
Al-Izhar (الإظهار)
- Pengertian dari segi istilah Ilmu Tajwid: Izhar kebibiran, kerana perimbangan dengan makhraj huruf mim yang keluar daripada dua bibir.
- Nama lain: Izhar syafawi (إظهار شفوىّ)
- Cara bacaan: Wajib menyatakan sebutan huruf mim sukun daripada makhrajnya serta tanpa dengung.
- Huruf: (26) Selain daripada huruf ب dan م
- Dua bahagian:
- Berlaku dalam dua kalimah sahaja(8) - ج, خ, ذ, ص, ظ, غ, ف, ق
- Berlaku dalam satu dan dua kalimah (18) - ء, ت, ث, ج, ح, خ, د, ذ, ر, ز, س, ش, ص, ض, ط, ظ, ع, غ, ف, ق, ك, ل, ن, و, ه, ي
- Contoh Izhar berlaku dalam dua kalimah sahaja:
- Contoh Izhar berlaku dalam satu dan dua kalimah:
Rumusan: