Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, dengan izin Allah, sesi ke lima bagi Kelab Al-Qur'an yang bertemakan Once Upon A Time With Qur'an telah pun berjalan dengan lancar. Ianya telah diadakan pada hari rabu (11/02/2015).
Sesi kali ini dikendalikan oleh Ahmad Najib bin Haji Adnan, mahasiswa UBD dari Faculty of Science. Beliau mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah (Pembukaan) bagi memulakan sesi.
Sesi diteruskan dengan Tilawah dan penghayatan: Surah Thaha ayat 1 - 5 yang diketuai oleh Ak. Mohammad Faris bin Pg. Sarudin, mahasiswa UBD dari School of Business and Economics. Terjemahan bagi ayat tersebut adalah seperti berikut:
"Tha Ha."
"Tha Ha."
[20:1]
"Kami tidak Menurunkan Al-Quran ini kepadamu (Muhammad) agar engkau menjadi susah;
[20:2]
"melainkan sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),"
[20:3]
"diturunkan dari (Allah) yang Menciptakan bumi dan langit yang tinggi,"
[20:4]
"(yaitu) Yang Maha Pengasih, yang Bersemayam di atas Arasy,"
[20:5]
Setelah itu, sesi diteruskan lagi dengan Tadarrus beramai-ramai Surah Al-Mulk (Kerajaan) ayat 1 - 12.
Kemudian, sesi diteruskan dengan Kuliah Tajwid: Hukum Mad yang dikendalikan oleh Mohd. Aziz Zulazmi bin Samsudin, mahasiswa UBD dari Faculty of Science.
Seterusnya, sesi teruskan lagi dengan mentasmi' ahli-ahli yang mana surah yang digunakan adalah Surah Al-Mulk tadi. Ini adalah supaya ahli-ahli dan AJK sendiri dapat memperbetulkan tajwid serta bacaan semasa tadarrus tadi.
Setelah itu, bagi aktiviti sesi kali ini, setelah ahli-ahli dibahagikan kepada kumpulan yang berasingan, mereka diberikan masa 5 minit untuk menghafal Surah Al-Mulk ayat 1 - 12. Kemudian potongan-potongan ayat tersebut diberikan kepada setiap kumpulan dan masa 5 minit diberikan untuk mereka menyusun ayat-ayat tersebut.
Kemudian, video tazkirah - The Qur'an is enough for us by Ustaz Nouman Ali Khan: https://www.youtube.com/watch?v=rzJN4QPhsbg dimainkan sebagai peringatan kepada yang hadir bahawa betapa petingnya Al-Qur'an itu kepada kita.
Sesi diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah Al-'Asr (Masa). Sebagai penutup doa bagi sesi ini. Sebelum bersurai, ahli-ahli dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.
Terima Kasih, semoga bermanfaat. Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarkatuh! :D