Thursday 28 February 2013

Hari Terbuka, Hari Kerjaya

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, acara "Hari Terbuka, Hari Kerjaya" yang diadakan oleh Universiti Brunei Darussalam (UBD) berjalan dengan lancar.




Wednesday 27 February 2013

Open Day

            
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kelab Al-Quran beserta dengan kelab-kelab yang lain juga akan turut serta dalam acara Hari Terbuka, Hari Kerjaya bagi Universiti Brunei Darussalam yang bermula esok, 28hb Februari 2013 hingga 2hb Mac 2013.

Sesi Ke-3: Sambutan Maulidur Rasul

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, kita bertemu lagi dalam sesi ketiga bagi Kelab Al-Quran yang telah diadakan pada 6hb Februari 2013 yang lalu. Sesi ketiga telah dimulakan dengan tazkirah daripada Setiausaha bagi Kelab Al-Quran, Nur Hanisah Bte Hosni. Ia adalah untuk membincangkan jadual yang sesuai bagi sesi Kelab Al-Quran untuk mengadakan dua sesi, iaitu yang pertama sesi belajar makhraj huruf dan yang kedua sesi tarannum.

Sesi ketiga itu diteruskan lagi dengan aktiviti tadarrus berkumpulan, Surah Muhammad. Setelah itu, ia disudahi dengan jamuan sempena Maulidur Rasul. Alhamdulillah :)











Sesi Ke-2: Aktiviti Bersama Ahli-Ahli Kelab

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, sesi kedua bagi Kelab Al-Quran juga telah diadakan pada 30hb Januari 2013 yang lalu. Sesi dimulakan dengan tazkirah daripada Pengerusi Kelab Al-Quran, Ak. Mohd. Zaki B. Pg Kasharan. Setelah itu ia diteruskan dengan aktiviti berkumpulan, iaitu, "Chinese Whisper". Melalui aktiviti ini, pengajaran yang dapat kita semua ambil ialah bahawa sesuatu yang kita dengar belum tentu kesahihannya sehingga diselidiki dengan tepat. Alhamdulillah :)













Sesi Ke-1: Sesi Ta'aruf 2013

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sesi Ta'aruf bagi Kelab Al-Quran yang pertama bagi sesi 2013 telah diadakan pada 23hb Januari 2013 yang lalu. Ia dimulakan dengan tazkirah dari Pengerusi Kelab Al-Quran, Ak Mohd. Zaki B. Pg Kasharan. Setelah itu, sesi ta'aruf bersama ahli-ahli Kelab Al-Quran pun bermula dan ia disambung dengan aktiviti berkumpulan, iaitu, "Creativity Time", menggunakan jerami (straws).













Friday 22 February 2013

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-29

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah di kesempatan ini, kami semua AJK dari Kelab Al-Quran ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-29.



Alhamdulillah, Brunei dengan izin Allah sudah menjadi sebuah negara yang aman, makmur dan merdeka selama 29 tahun. Merdeka!

Saturday 16 February 2013

Satu Permulaan


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, blog ini akan dijadikan salah satu lagi cara untuk biskita mengikuti perkembangan terbaru daripada Kelab Al-Quran UBD selain daripada melalui akaun Facebook. In-sya'-Allah, semoga segala usaha ini akan membawa manfaat kepada kita semua dunia dan akhirat. Aamiin Ya Rabbal-'Aalamiin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...