Saturday 6 April 2013

Sesi Ke-8: Sesi Tarannum

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, kita masih diberikan kesempatan untuk bertemu dalam sesi tarannum bagi Kelab Al-Quran yang dibimbing oleh Mohd. Shair bin Haji Shamsuddin. Sesi tarannum yang diadakan petang tadi, 6hb April 2013 dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan sambungan sesi tarannum yang sebelumnya.





















Sesi Ke-7: Sesi Bersama Ustaz & Tarannum

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, kita bertemu lagi dalam sesi ke-tujuh bagi Kelab Al-Quran bersama Ustaz Mohiel Din pada hari Isnin, 18hb Mac 2013 yang lalu. Ianya diteruskan lagi dengan Surah Al-Baqarah bagi pembelajaran untuk memperbaiki makhraj huruf.







Manakala sesi tarannum yang diadakan pada hari Sabtu, 23hb Mac 2013 yang lalu telah dibatalkan.

Sesi Ke-6: Sesi Bersama Ustaz & Tarannum

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sesi ke-enam bagi Kelab Al-Quran telah berlangsung selama dua hari dalam seminggu, iaitu pada 11hb Mac 2013 & 16hb Mac 2013 yang lalu. Kelab Al-Quran akan mengadakan sesi perjumpaan mingguan pada setiap hari Isnin & Sabtu.





Sesi pada hari Isnin diadakan bersama Ustaz Mohiel Din, pensyarah Bahasa Arab UBD, bagi memperhalusi/memperbetulkan lagi makhraj huruf. Ia dimulakan dengan Surah Al-Fatihah dan diteruskan lagi dengan Surah Al-Baqarah (untuk beberapa ayat sahaja).













Manakala, sesi pada hari Sabtu pula diadakan sesi Tarannum yang dibimbing oleh Mohd. Shair bin Haji Shamsuddin, mahasiswa FBEPS.










Sesi Ke-5: Tazkirah Daripada Nashrurrahman bin Abdul Djalil

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, sesi ke-5 bagi perjumpaan Kelab Al-Quran pada 6hb Mac 2013 yang lalu berjalan dengan lancar. Sesi dimulakan dengan tazkirah, bacaan Surah Al-Fatihah, daripada Pengerusi Kelab Al-Quran, Ak Mohd. Zaki bin Pg Kasharan.

Setelah itu, sesi bagi Kelab Al-Quran diteruskan lagi dengan tazkirah daripada Nashrurrahman bin Abdul Djalil Ianya juga diteruskan dengan acara pembahagian Juzuk bagi acara "Mini Khatam Al-Quran" yang akan diadakan insyaAllah setelah habis peperiksaan mahasiswa/i UBD. Ia disudahi dengan penyampaian cendera hati kepada akhi Nashrurrahman bin Abdul Djalil atas tanda penghargaan dari Kelab Al-Quran kerana telah menyampaikan tazkirah berkenaan dengan Al-Quran dan ia juga disudahi dengan Surah Al-'Asr.














Sesi Ke-4: Tadarrus Surah Ad-Dhuha

 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, kita bertemu lagi dalam sesi ke-empat bagi Kelab Al-Quran yang telah diadakan pada 13hb Februari 2013 yang lalu. Ia diteruskan dengan aktiviti bertadarrus secara berkumpulan, Surah Adh-Dhuha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...