Wednesday 28 August 2013

Sesi Ke-2: Menikmati al-Maaidah Bersama KA


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pada 28hb Ogos, Kelab Al-Quran mengadakan sesi kedua iaitu menikmati al-Maaidah bersama KA. Sesi tersebut adalah bersempena dengan sambutan Hari Raya 'Aidil Fitri bagi tahun 1434 Hijrah. Sesi tersebut berlangsung di FASS, Staff Common Room (1.89) pada pukul 1.15 petang. Al-Maaidah adalah perkataan Bahasa Arab yang bermaksud hidangan. Perkataan ini diambil daripada nama surah dalam al-Quran.

Sesi bermula dengan bacaan Surah al-Fatihah dan short briefing daripada Bendahari KA, Ak Abdul Hadi. Kemudian dituruti dengan tazkirah mengenai al-Quran dan sambutan Hari Raya yang disampaikan oleh seorang graduan Master, Muhamad Zulfadilah bin Beelie.

Setelah tazkirah berakhir, ahli-ahli kelab dijemput untuk menjamu selera. Alunan zikir dimainkan untuk menyemarakkan lagi suasana. Sesi diakhiri dengan bacaan zikir dan doa selamat yang diketuai oleh Muhamad Zulfadilah bin Beelie.



Muhammad Zulfadilah menyampaikan tazkirah




AJK & ahli muslimeen KA



AJK & ahli muslimaat KA

Wednesday 7 August 2013

Sesi Ke-1: Sesi Ta'aruf


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sesi pertama iaitu Sesi Ta'aruf Kelab al-Quran telah diadakan pada 7hb Ogos 2013. Ta'aruf adalah perkataan yang diambil daripada bahasa Arab yang bermaksud perkenalan.

Pada sesi ini, AJK-AJK kelab bagi sesi 2012/2013 memperkenalkan kelab, AJK-AJK kelab yang lama, misi dan visi kelab kepada ahli-ahli kelab. Kemudian, ahli-ahli kelab memperkenalkan diri mereka masing-masing. Di akhir sesi ini, seramai sepuluh orang ahli kelab dilantik untuk menjadi AJK kelab baru bagi sesi 2013/2014.


Ameer kelab bagi sesi 2012/2013 (kiri) menyampaikan taklimat dan memperkenalkan Ameer kelab baru (kanan)


Ahli-ahli kelab khusyu' mendengar taklimat


Perlantikan AJK-AJK kelab yang baru bagi sesi 2013/2014

Thursday 1 August 2013

Minggu Pelajar Baru Intake Ogos 2013

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertama sekali mohon maaf atas kurang update daripada kami. In-sya'-Allah akan cuba keep up ;)


Semester baru bermula dengan Minggu Pelajar Baru UBD Intake Ogos 2013 pada 28hb Julai hingga 1hb Ogos. Kelab-kelab ECA UBD telah dijemput untuk membuat booth showcase di Dewan Canselor UBD untuk memperkenalkan kelab masing-masing kepada mahasiswa/wi baru. Di samping itu, kelab-kelab juga membukakan pendaftaran baru bagi mahasiswa/wi yang berminat untuk mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kelab tersebut.

Kelab al-Quran juga turut terjun bersama kelab-kelab di bawah naungan EKK untuk membuat booth showcase selama empat hari berturut-turut, iaitu pada 29hb Julai hingga 1hb Ogos. Pada 28hb Julai, MPP telah mengadakan short briefing bagi kelab-kelab bagi menetapkan kedudukan booth masing-masing. Setelah itu, kelab-kelab menghias booth masing-masing.



 Booth Kelab al-Quran


AJK Kelab al-Quran sesi 2011/2012 & AJK-AJK Kelab al-Quran bagi sesi 2012/2013


Ameer baru Kelab al-Quran bagi sesi 2013/2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...