Wednesday 19 March 2014

Sesi 5: Kuliah Tajwid



Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sesi ke-5 iaitu sesi Kuliah Tajwid telah diadakan pada hari Rabu, 19hb Mac 2014. Sesi ini dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah secara beramai-ramai yang diketuai oleh Ameer kelab, Md Zainul Akhir Mohidin dan disertakan dengan kata alu-aluan.

Pada sesi kali ini hanya ada satu agenda sahaja iaitu pembelajaran tajwid yang dikendalikan oleh Dayangku Nur Ain Pengiran Ali. Sesi pembelajaran tajwid kali ini menumpukan pada tajuk ‘Hukum Nun Sukun dan Tanwin’. Setelah itu, ahli-ahli kelab diberikan latihan iaitu mencari hukum tajwid yang telah dipelajari dan membaca dengan bertajwid dari Surah Al-Bayyinah ayat 1 hingga 8.

Sesi diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah al-Asr sebagai doa penutup.

Wednesday 12 March 2014

Sesi 4: Volunteerism




Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sesi ke-4 telah berlangsung pada hari Rabu, 12hb Mac 2014. Sesi ini bertemakan “Volunteerism” yang bermaksud sukarela. Objektif sesi ini ialah untuk mengetahui dan memahami maksud sukarela dan untuk menggalakkan ahli-ahli Kelab Al-Quran supaya selalu melibatkan diri dengan aktiviti kesukarelawanan. Sesi dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah oleh juru acara, Ahmad Najib Adnan dan diteruskan dengan kata alu-aluan.

Agenda pertama bagi sesi kali ini ialah pembelajaran tajwid. Agenda ini dikendalikan oleh seorang tenaga pengajar yang bernama Dayangku Nur Ain Pengiran Ali. Pembelajaran tajwid bagi sesi ini menumpukan pada Makhraj Huruf, sambungan dari sesi ke-2. Ahli-ahli dan juga AJK-AJK kelab diarahkan untuk mempraktikkan cara-cara sebutan huruf yang betul melalui nota yang telah disediakan.

Sesi diteruskan lagi dengan agenda ke-2 iaitu huraian Surah Al-Baqarah ayat 148 berdasarkan kepada tema “Volunteerism”. Maksud Fastabiqul Khoirats daripada ayat al-Quran tersebut dikupas oleh Muhamad Zulfadilah bin Beelie. Kemudian beliau menyampaikan sebuah tazkirah yang berkaitan tentang kesukarelawanan. Setelah itu, sesi soal jawab dan perkongsian ilmu diadakan.

Sesi diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah al-Asr sebagai doa penutup. Ahli-ahli dijemput untuk menikmati jamuan ringan yang telah disediakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...