Wednesday, 19 March 2014

Sesi 5: Kuliah Tajwid



Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sesi ke-5 iaitu sesi Kuliah Tajwid telah diadakan pada hari Rabu, 19hb Mac 2014. Sesi ini dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah secara beramai-ramai yang diketuai oleh Ameer kelab, Md Zainul Akhir Mohidin dan disertakan dengan kata alu-aluan.

Pada sesi kali ini hanya ada satu agenda sahaja iaitu pembelajaran tajwid yang dikendalikan oleh Dayangku Nur Ain Pengiran Ali. Sesi pembelajaran tajwid kali ini menumpukan pada tajuk ‘Hukum Nun Sukun dan Tanwin’. Setelah itu, ahli-ahli kelab diberikan latihan iaitu mencari hukum tajwid yang telah dipelajari dan membaca dengan bertajwid dari Surah Al-Bayyinah ayat 1 hingga 8.

Sesi diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah al-Asr sebagai doa penutup.

Wednesday, 12 March 2014

Sesi 4: Volunteerism




Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sesi ke-4 telah berlangsung pada hari Rabu, 12hb Mac 2014. Sesi ini bertemakan “Volunteerism” yang bermaksud sukarela. Objektif sesi ini ialah untuk mengetahui dan memahami maksud sukarela dan untuk menggalakkan ahli-ahli Kelab Al-Quran supaya selalu melibatkan diri dengan aktiviti kesukarelawanan. Sesi dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah oleh juru acara, Ahmad Najib Adnan dan diteruskan dengan kata alu-aluan.

Agenda pertama bagi sesi kali ini ialah pembelajaran tajwid. Agenda ini dikendalikan oleh seorang tenaga pengajar yang bernama Dayangku Nur Ain Pengiran Ali. Pembelajaran tajwid bagi sesi ini menumpukan pada Makhraj Huruf, sambungan dari sesi ke-2. Ahli-ahli dan juga AJK-AJK kelab diarahkan untuk mempraktikkan cara-cara sebutan huruf yang betul melalui nota yang telah disediakan.

Sesi diteruskan lagi dengan agenda ke-2 iaitu huraian Surah Al-Baqarah ayat 148 berdasarkan kepada tema “Volunteerism”. Maksud Fastabiqul Khoirats daripada ayat al-Quran tersebut dikupas oleh Muhamad Zulfadilah bin Beelie. Kemudian beliau menyampaikan sebuah tazkirah yang berkaitan tentang kesukarelawanan. Setelah itu, sesi soal jawab dan perkongsian ilmu diadakan.

Sesi diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah al-Asr sebagai doa penutup. Ahli-ahli dijemput untuk menikmati jamuan ringan yang telah disediakan.

Wednesday, 26 February 2014

Baju Kelab Al-Quran

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, buat pertama kali Kelab Al-Quran UBD bakal memiliki baju kelab tersendiri. Berikut adalah gambar-gambar bagi baju kelab yang bakal siap dalam jangka masa 2 minggu.




Baju kelab ini didesign oleh PRO 2 kelab 2013/2014 iaitu Dayangku Nur Ain Pengiran Ali. Design ini adalah berdasarkan atas persetujuan semua AJK kelab. Warna yang dipilih adalah kombinasi warna biru royal dan kuning keemasan. In-sya'-Allah, order untuk baju kelab ini akan dibukakan lagi jika sekiranya ada sambutan dari ahli kelab dan juga mahasiswa/wi UBD.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...