Assalamu'alaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah wa Astaghafirullah, sesi Kelab
Al-Qur'an yang bertemakan "What Is Qur'an To You?" telah pun diadakan
pada hari rabu (21/01/2015).
Sesi ini
dikendalikan oleh Ameer (ketua) bagi Kelab Al-Qur'an yang baru sahaja dilantik,
Mohd. Aziz Zulazmi bin Samsudin, mahasiswa UBD dari Faculty Of Science. Beliau juga mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah
(Pembukaan) yang dibaca beramai-ramai bagi memulakan sesi.
Setelah itu, sesi diteruskan dengan Tilawah Al-Qur’an; Surah Al-Kahf (Gua) yang
diketuai oleh Ak. Mohammad Faris bin Pg. Sarudin, mahasiswa UBD dari School of Business and Economics.
Kemudian,
sesi diteruskan dengan kuliah santai
yang disampaikan oleh Ustaz Marwan bin Zainal. Latar belakang akademik beliau
adalah seperti berikut:
- BA Education in Social Science,
- MA History (thesis research in National Philosophies MIB),
- PHD in Islamic Civilization (thesis research in The Development of Sharia Law in Brunei Darussalam).
- BA Education in Social Science,
- MA History (thesis research in National Philosophies MIB),
- PHD in Islamic Civilization (thesis research in The Development of Sharia Law in Brunei Darussalam).
•
Allah menunjukkan kasih sayangNya kepada kita,
hamba-hambaNya
Rasulullah SAW bersabda:
"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-qur'an) dan sunnah rasul-Nya". (riwayat Malik)
Rasulullah SAW bersabda:
"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-qur'an) dan sunnah rasul-Nya". (riwayat Malik)
Al-Qur'an itu adalah 'Manual of Life’.
Dalam Surah Al-Baqarah (Lembu Betina), ayat 2, yang terjemahannya berbunyi:
“Kitab (Al-Qur’an) ini tidak ada keraguan
padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa”
[2:2]
Ini menunjukkan bahawa Allah memang sudah jamin bahawa Al-Qur’an itu memang betul.
Sebagai satu analogy, Al-Qur’an itu bagaikan GPS System for the world of unknown kerana tanpanya, manusia akan tersesat
Tetapi, sayangnya, ada segelinitir masyarakat seolah-olah
menganggap Al-Qur'an itu sebagai 'material' yang hanya menjadi sebuah perhiasan
dalam almari buku. Ataupun hanya sebagai salah satu benda untuk hantaran
perkahwinan.
#Food for thought: Kenapa Allah bagi kita semua nikmat ni jikalau ianya tidak melambangkan Kasih SayangNya kepada kita?
•
Al-Qur'an sebagai Asy-Syifa (penawar)
Manusia ni memang simple tetapi complicated. Kita ada tubuh badan, kalau luka, dapat cari ubat, tapi kalau hati yang luka/sakit, Al-Qur'an lah penawarnya.
Kerana dengan hanya mengingat Allah, hati kita
akan tenang.
Dalam Surah Ar-Ra'd (Guruh), ayat 28, yang terjemahannya berbunyi:
"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram"
[13:28]
Jika ingin
memahami Al-Qur'an, lebih baik jika memahaminya dengan menggunakan hati. Ini
adalah kerana pemahaman melalui hati selalunya menyedarkan dan menginsafkan, Insya Allah.
Surah Yunus, Ayat 1 : "Alif, Lam, Ra. These are the verses of the wise Book ." |
#Food for thought: Batu yang
keras, jika dititikkan air atasnya lama-lama akan pecah juga. Apatah lagi hati
yang lembut?
Game Time!
Chinese Whisper:
Setelah ahli-ahli muslimin dan muslimat diasingkan kepada beberapa kumpulan, salah seorang ahli diminta untuk menghafal teks pendek yang berbunyi;
"Al-Qur'an is my life. Honor it, learn it, teach it, love it, read it and memorise it as much as you can of it"
Kemudian, sesi diteruskan dengan kuiz berkaitan dengan kuliah tadi.
Sesi
ditutup dengan upacara penghargaan kepada penyampai, penyampaian hadiah kepada
pemenang kuiz dan seterusnya ditutup dengan bacaan Surah Al-‘Asr.
ahli-ahli KA dan AJK |
Terima Kasih.. Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh! :D
No comments:
Post a Comment