Friday 8 November 2013

Al-Mutamathilain (المتماثلين), Al-Mutajanisain (المتجانسين) & Al-Mutaqaribain (المتقاربين)

بسم الله الرحمن الرحيم 

Dalam pembacaan Al-Quran, terdapat kalimah yang mengandungi pertemuan huruf yang bertanda sukun (ْ ) dengan huruf yang berbaris (َ-ِ-ُ- ). Pertemuaan tersebut di bahagi kepada tiga:
  1. Al-Mutamathilain (المتماثلين)
  2. Al-Mutajanisain (المتجاسنين)
  3. Al-Mutaqaribain (المتقاربين)

Al-Mutamathilain (المتماثلين)
  • Dua huruf yang serupa pada nama, sifat dan makhraj bertemu di dalam satu kalimah atau dua kalimah.
  • Hukum Bacaan: Wajib Idgham.
  • Contoh:

Al-Mutajanisain (المتجاسنين)
  • Dua huruf yang bersamaan makhraj tetapi berlainan sifat.
  • Hukum bacaan: Wajib Idgham iaitu Idgham Kamil pada tempat berikut:
  1. Dal (د) diidghamkan pada ta’ (ت).
  2. Ta’ (ت) diidghamkan pada dal (د).
  3. Ta’ (ت) diidghamkan pada tho’ (ط).
  4. Dzal (ذ) diidghamkan pada dzho’ (ظ).
  5. Tha’ (ث) diidghamkan pada dzal (ذ).
  6. Ba’ (ب) diidghamkan pada mim (م) secara Idgham Kamil disertai dengung.
  7. Tho’ (ط) diidghamkan pada ta’ (ت) secara Idgham Naqis.
  • Contoh:

Al-Mutaqaribain (المتقاربين)
  • Dua huruf yang hampir sama makhraj dan sifatnya.
  • Hukum bacaan:
  1. Izhar.
  2. Wajib Idgham tanpa berdengung, (Idgham Kamil) apabila huruf lam (ل) bertemu huruf ra’ (ر).
  • Contoh:

Wednesday 6 November 2013

Sesi 9: Tadarus Al-Quran




Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sesi ke-9 telah berlangsung pada hari Rbu, 6hb November 2013. Sesi ini merupakan sesi yang terakhir bagi tahun 2013. Pada sesi ini, acara Tadarus telah diadakan. Sesi ini adalah sambungan dari sesi Tadarus yang telah diadakan pada  22hb Oktober 2013.

Sesi dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah yang diketuai oleh juru acara Sesi iaitu Hannan Morshid dan beliau seterusnya menyampaikan kata alu-aluan. Sebelum memulakan bacaan tadarus, doa sebelum membaca al-Quran dibaca beramai-ramai. Setelah itu, ahli-ahli telah dibahagikan kepada dua kumpulan berasingan dan juz yang berlainan, iaitu muslimiin membaca ayat-ayat dari juz 3 manakala muslimaat membaca ayat-ayat dari juz 4.

Setelah selesai membaca juz yang telah diberikan, beberapa ahli mengadakan perkongsian tentang beberapa ayat al-Quran yang telah dibaca. Sesi diakhiri dengan doa selepas membaca al-Quran dan Surah al-Asr secara beramai-ramai yang diketuai oleh juru acara.

Wednesday 30 October 2013

Sesi 8: Facing Hardship




Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sesi ke-8 dinamakan sesi ‘Facing Hardship’. Sesi ini telah diadakan pada hari Rabu, 30hb Oktober 2013. Sesi dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah secara beramai-ramai yang diketuai oleh Tuan Pengerusi dan disertakan dengan kata alu-aluan.

Terdapat dua agenda dalam sesi ini, iaitu agenda pertama ialah pembelajaran tajwid dan agenda ke-2 ialah aktiviti ‘Facing Hardship’. Agenda pembelajaran tajwid disampaikan oleh Md Shair bin Hj Shamsuddin. Tajuk yang dipilih ialah mengenai Makhraj Huruf. Sila rujuk pada label Tajwid untuk mengetahui tentang tajuk ini dengan lebih lanjut.

Sesi diteruskan dengan agenda yang ke-2 iaitu aktiviti yang bernama ‘Facing Hardship’. Agenda ini dimulakan dengan bacaan Surah al-Insyirah oleh Md Shair bin Hj Shamsuddin dan terjemahannya dibacakan oleh Muhamad Zulfadilah bin Beelie. Kemudian, ahli-ahli kelab dibahagikan kepada tiga kumpulan: satu kumpulan muslimiin dan dua kumpulan muslimaat. Setiap kumpulan dikehendaki untuk menghubungkan dua meja pada jarak satu meter dengan menggunakan satu ke dua peralatan utama yang disediakan iaitu surat khabar, straw, cawan kertas dan batang aiskrim. Setelah selesai membuat aktiviti, sesi perkongsian diadakan di mana ahli-ahli berkongsi idea bagaimana membuat persediaan untuk peperiksaan. Kemudian, setiap kumpulan dikehendaki untuk menyenaraikan lima perkara yang perlu dibuat sebelum dan semasa peperiksaan. Setelah itu, seorang ahli dari setiap kumpulan diminta untuk membentangkan idea kumpulan mereka.

Sesi ini diakhiri dengan bacaan Surah al-Asr secara beramai-ramai yang diketuai oleh Ameer. Kemudian ahli-ahli kelab dijemput untuk menikmati jamuan ringan.

Friday 25 October 2013

Hukum Nun Bersabdu (نّ) Dan Mim Bersabdu (مّ)


بسم الله الرحمن الرحيم
  • Dengung menurut bahasa: Mengeluarkan bunyi melalui hidung atau suara lembut yang keluar dari rongga hidung (khaisyum) berikutan dengan menurunkan anak lidah dan terbukanya langit-langit lembut.
  • Dengung menurut istilah Ilmu Tajwid: Suara lembut dan sedap yang hanya berada pada huruf nun dan mim.
  • Cara bacaan: Wajib didengungkan dengan sempurna dua harakat, sama ada bacaannya disambung atau berhenti padanya. Dengungnya lebih sempurna dan kemas daripada dengung Idgham Nun Sukun dan Tanwin (Idgham Ma’al Ghunnah), dan Idgham Mim Sukun (Idgham Mislain Saghir).
  • Nama lain: Idgham Bi Ghunnah Musyaddad (إدغام بغنة مشدد)
  • Contoh:

Tuesday 22 October 2013

Sesi 7: Tadarus Al-Quran




Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sesi ke-7 telah berlangsung pada hari Selasa, 22hb Oktober 2013. Pada sesi ini, acara Tadarus telah diadakan. Sesi dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah yang diketuai oleh Tuan Pengerusi. Kemudian, Tuan Pengerusi menyampaikan kata alu-aluan.

Sebelum memulakan bacaan tadarus, doa sebelum membaca al-Quran dibaca beramai-ramai. Setelah itu, ahli-ahli telah dibahagikan kepada dua kumpulan berasingan dan juz yang berlainan, iaitu muslimiin membaca ayat-ayat dari juz 1 manakala muslimaat membaca ayat-ayat dari juz 2.

Setelah selesai membaca juz yang telah diberikan, doa selepas membaca al-Quran dibaca beramai-ramai. Sebelum menutup sesi tadarus, tazkirah pendek disampaikan dan Surah al-Asr dibacakan sebagai doa penutup yang diketuai oleh Ameer Kelab Al-Quran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...