Wednesday 30 October 2013

Sesi 8: Facing Hardship




Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sesi ke-8 dinamakan sesi ‘Facing Hardship’. Sesi ini telah diadakan pada hari Rabu, 30hb Oktober 2013. Sesi dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah secara beramai-ramai yang diketuai oleh Tuan Pengerusi dan disertakan dengan kata alu-aluan.

Terdapat dua agenda dalam sesi ini, iaitu agenda pertama ialah pembelajaran tajwid dan agenda ke-2 ialah aktiviti ‘Facing Hardship’. Agenda pembelajaran tajwid disampaikan oleh Md Shair bin Hj Shamsuddin. Tajuk yang dipilih ialah mengenai Makhraj Huruf. Sila rujuk pada label Tajwid untuk mengetahui tentang tajuk ini dengan lebih lanjut.

Sesi diteruskan dengan agenda yang ke-2 iaitu aktiviti yang bernama ‘Facing Hardship’. Agenda ini dimulakan dengan bacaan Surah al-Insyirah oleh Md Shair bin Hj Shamsuddin dan terjemahannya dibacakan oleh Muhamad Zulfadilah bin Beelie. Kemudian, ahli-ahli kelab dibahagikan kepada tiga kumpulan: satu kumpulan muslimiin dan dua kumpulan muslimaat. Setiap kumpulan dikehendaki untuk menghubungkan dua meja pada jarak satu meter dengan menggunakan satu ke dua peralatan utama yang disediakan iaitu surat khabar, straw, cawan kertas dan batang aiskrim. Setelah selesai membuat aktiviti, sesi perkongsian diadakan di mana ahli-ahli berkongsi idea bagaimana membuat persediaan untuk peperiksaan. Kemudian, setiap kumpulan dikehendaki untuk menyenaraikan lima perkara yang perlu dibuat sebelum dan semasa peperiksaan. Setelah itu, seorang ahli dari setiap kumpulan diminta untuk membentangkan idea kumpulan mereka.

Sesi ini diakhiri dengan bacaan Surah al-Asr secara beramai-ramai yang diketuai oleh Ameer. Kemudian ahli-ahli kelab dijemput untuk menikmati jamuan ringan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...