Wednesday 5 November 2014

Sesi Ke-10: Kejayaan Hakiki - 'Tadabbur Surah Ash-Shahr'




Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, sesi Kelab Al-Qur'an yang diadakan sempena menjelang musim peperiksaan bagi mahasiswa/mahasiswi Universiti Brunei Darussalam telah pun berjalan dengan lancar. Ianya telah pun diadakan pada petang Rabu (05/11/2014), yang bertempat di Masjid Universiti, UBD.

Sesi dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah (Pembukaan) beramai-ramai yang diketuai oleh Mohd. S'Iskandar bagi memberkati majlis.

Setelah itu, Ameer (ketua) bagi kelab Al-Qur'an memberikan kata-kata aluan kepada penyampai undangan dan pelajar-pelajar yang hadir. Penyampai undangan kali ini ialah Ustaz Haji Khairul Nazif bin Haji Awang Damit yang didatangkan khas dari Pusat Da'wah Islamiah.

Kemudian, sesi diteruskan dengan Tilawah Al-Qur'an yang diketuai oleh Mohd. Shair.

Seterusnya, Kuliah tadabbur, Renungan ayat Al-Qur'an: Surah Al-Insyirah ayat 1-8 dimulakan. Dipenghujung kuliah, sesi soal jawab dibukakan kepada hadirin dan hadirat dan seterusnya diikuti dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda terima kasih kepda Ustaz Haji Khairul Nazif kerana meluangkan masa beliau untuk menyampaikan ilmu yang bermanfaat, Insya Allah. selain dari itu, mahasiswa/mahasiswi yang hadir juga diberi campur.

Bagi mengakhiri sesi ini, Mohd. Shair sekali lagi mengetuai bacaan tasbih kifarah, doa Rabitah dan Surah Al-'Asr (Masa).

Alhamdulillah, bagi yang tidak dapat menghadiri sesi ini, anda bolehlah melihat kuliah Ustaz Nazif yang telah dirakamkan oleh pihak yang berkerjasama bagi menjayakan usaha ini. Terima kasih bagi yang terlibat dan moga Allah berkati usaha ini.

*Link: https://www.youtube.com/watch?v=dwnv48gOfyM
Credit: Puddin Noh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...