Wednesday 16 April 2014

Sesi 7: Secret to Success


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sesi ke-7 telah berlangsung pada hari Rabu, 16hb April 2014. Sesi ini merupakan sesi yang terakhir bagi Kelab Al-Quran UBD 2013/2014. Sesi ini dinamakan ‘Secret to Success’ kerana pada kali ini ceramah motivasi telah diadakan bersempena dengan dekatnya musim peperiksaan di UBD. Sesi ini diadakan di Dewan Serbaguna UBD.

Sesi dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Juru Acara. Kemudian, kata alu-aluan telah disampaikan oleh Pengerusi Kelab Al-Quran UBD iaitu Md Zainul Akhir Mohidin. Sesi diteruskan dengan tayangan video khas yang dibuat oleh kelab.

Sesi diteruskan dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Hajah Suhaina binti Mat Ludin. Beliau merupakan Pegawai Kaunseling, Unit Perkhidmatan Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UBD. Tajuk ceramah motivasi beliau berkaitan dengan nama sesi ini.


Setelah selesai ceramah motivasi, Pengerusi kelab menyampaikan kata penutup. Sesi diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah al-Asr sebagai doa penutup.

Sunday 6 April 2014

Program Riadah Ukhuwwah KA UBD & KAQ ITB: Qawiyyul Jism


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pada hari Ahad, 6hb April 2014, Kelab Al-Quran UBD telah mengadakan satu program yang dinamakan ‘Qawiyul Jizm’ yang bermaksud Jisim yang Kuat. Program ini merupakan program riadah ukhuwwah di antara Kelab Al-Quran UBD dan Kelab Al-Quran ITB. Program ini berlangsung di Taman Agro-Teknologi, Jln Tungku Link.

Program dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah yang diketuai oleh Juru Acara dan diteruskan dengan kata alu-aluan oleh Pengerusi Kelab Al-Quran UBD iaitu Md Zainul Akhir Mohidin.

Agenda pertama bagi program ini ialah sesi tazkirah yang disampaikan oleh Baihaqy Yussof. Beliau merupakan mahasiswa Ijazah Sarjana dalam Islam dan sains, dan juga seorang tenaga pengajar dari SOASCIS UBD bagi modul ‘Islamic Civilisation and the Modern World’. Tazkirah yang beliau sampaikan adalah mengenai dengan Mukmin yang Kuat.

Agenda kedua bagi program ini ialah sesi suai kenal di antara kedua-dua buah kelab. Kemudian aktiviti rehlah diadakan iaitu bersiar-siar di taman tersebut. Setelah selesai melakukan aktiviti rehlah, perkongsian tentang pengajaran dari program ini diadakan.


Sebelum mengakhiri program, kedua-dua Pengerusi kelab telah menyampaikan kata penutup. Program diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah al-Asr sebagai doa penutup. Jamuan dinikmati sebelum bersurai.

Wednesday 2 April 2014

Sesi 6: Tadarus

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sesi ke-6 telah berlangsung pada hari Rabu, 2hb April 2014. Pada sesi ini, acara Tadarus telah diadakan. Sesi ini adalah sambungan dari sesi Tadarus yang telah diadakan pada  6hb November 2013.

Sesi dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah yang diketuai oleh juru acara sesi iaitu Md Zainul Akhir Mohidin dan beliau seterusnya menyampaikan kata alu-aluan. Sebelum memulakan bacaan tadarus, doa sebelum membaca al-Quran dibaca beramai-ramai. Setelah itu, ahli-ahli telah dibahagikan kepada dua kumpulan berasingan dan juz yang berlainan, iaitu muslimiin membaca ayat-ayat dari juz 5 manakala muslimaat membaca ayat-ayat dari juz 6.


Setelah selesai membaca juz yang telah diberikan, AJK yang mengetuai kumpulan tersebut memberi komen tentang bacaan ahli-ahli kelab. Sesi diakhiri dengan doa selepas membaca al-Quran dan Surah al-Asr secara beramai-ramai yang diketuai oleh juru acara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...