Sunday 6 April 2014

Program Riadah Ukhuwwah KA UBD & KAQ ITB: Qawiyyul Jism


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pada hari Ahad, 6hb April 2014, Kelab Al-Quran UBD telah mengadakan satu program yang dinamakan ‘Qawiyul Jizm’ yang bermaksud Jisim yang Kuat. Program ini merupakan program riadah ukhuwwah di antara Kelab Al-Quran UBD dan Kelab Al-Quran ITB. Program ini berlangsung di Taman Agro-Teknologi, Jln Tungku Link.

Program dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah yang diketuai oleh Juru Acara dan diteruskan dengan kata alu-aluan oleh Pengerusi Kelab Al-Quran UBD iaitu Md Zainul Akhir Mohidin.

Agenda pertama bagi program ini ialah sesi tazkirah yang disampaikan oleh Baihaqy Yussof. Beliau merupakan mahasiswa Ijazah Sarjana dalam Islam dan sains, dan juga seorang tenaga pengajar dari SOASCIS UBD bagi modul ‘Islamic Civilisation and the Modern World’. Tazkirah yang beliau sampaikan adalah mengenai dengan Mukmin yang Kuat.

Agenda kedua bagi program ini ialah sesi suai kenal di antara kedua-dua buah kelab. Kemudian aktiviti rehlah diadakan iaitu bersiar-siar di taman tersebut. Setelah selesai melakukan aktiviti rehlah, perkongsian tentang pengajaran dari program ini diadakan.


Sebelum mengakhiri program, kedua-dua Pengerusi kelab telah menyampaikan kata penutup. Program diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah al-Asr sebagai doa penutup. Jamuan dinikmati sebelum bersurai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...