Wednesday 27 August 2014

Sesi ke-3: The Art Of Qur'an Recitation




Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, dengan izin Allah Ta'ala, sesi Kelab Al-Qur'an yang telah diadakan pada hari rabu, 27/08/2014 berjalan dengan lancar dan ahli-ahli  yang mengikuti sesi pun semakin bertambah. 

Sesi kali ini diketuai dan dikendalikan oleh mahasiswa dari fakulti School of Business and Economic, Mohd Shair bin Haji Shamsuddin yang mana sesi dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah (Pembukaan) beramai-ramai.


Mohd. Shair bin Haji Shamsuddin


Sesi diteruskan dengan bacaan ayat Al-Qur'an (berserta terjemahannya) dari Surah Al-Fur'qan (Pembeza Kebenaran dan Kebatilan), ayat 30 yang juga diketuai oleh Mohd Shair. Terjemahannya seperti berikut;

"Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Qur'an ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai"

[25:30]





Kemudian, sesi diteruskan dengan Pengenalan TarannumTarannum berasal dari perkataan ‘رنم’. Ia mempunyai 4 peringkat suara iaitu:
1. قرار (Qoror)
2. نوا (Nawa)
3. جواب (Jawab)
4. جواب الجواب (Jawabul Jawab)

Alunan suara ada 7 iaitu:
1) Bayati
2) Soba
3) Hijaz
4) Nahawand
5) Rast
6) Sikah
7) Jiharkah


Seterusnya, latihan vokal dan pernafasan diadakan beramai-ramai di antara dua kumpulan, iaitu kumpulan muslimiin dan muslimaat. Kemudian sesi diteruskan dengan latihan pembacaan Al-Quran dengan alunan bayati beramai-ramai dari ayat yang diberikan. Semua ahli yang hadir membaca Surah Al-Mu’minuun (Golongan yang Beriman) ayat 1-3 beramai-ramai dengan alunan bayati.


Ahli-ahli muslimiin semasa latihan vokal dan pernafasan


Praktikal Tarannum




Sesi dilanjutkan lagi dengan Tadarus Al-Qur'an: Juz 8 dan separuh dari Juz 9, yang mana ahli-ahli dibahagikan kepada enam kumpulan berasingan; dua kumpulan dari ahli-ahli mislimiin dan empat kumpulan dari ahli-ahli muslimaat. 






Sesi diakhiri dengan bacaan selepas membaca Al-Qur'an, bacaan tasbih kifarah dan Surah al-'Asr (Masa) beramai-ramai sebagai doa penutup bagi sesi ini. Sebelum bersurai, ahli-ahli dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

Terima kasih! Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :D

Wednesday 20 August 2014

Sesi Ke-2: Semuanya Bermula Di Sini....




Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, sekali lagi, sesi kelab Al-Qur'an kali kedua yang telah diadakan pada hari rabu, 20/08/2014 telah pun berjalan dengan lancar. 

Sesi dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah (Pembukaan) berserta terjemahannya yang diketuai oleh Mohd S'Iskandar bin Hj. Latip. 


Mohd S'Iskandar bin Hj. Latip


Sesi diteruskan dengan bacaan ayat Al-Qur'an (berserta terjemahannya) bertarannum dari Surah Ar-Rad (Guruh), ayat 10 hingga 11 yang diketuai oleh Mohd Shair bin Haji Shamsuddin. Terjemahannya berbunyi;

"Sama sahaja kepadaNya: sesiapa di antara kamu yang merahsiakan kata-katanya dalam hati dan yang menyatakannya; juga yang bersembunyi pada waktu malam dan yang keluar berjalan pada waktu siang" 
[13:10]

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya"
[13:11]


Mohd Shair bin Haji Shamsuddin




Kemudian, sesi diteruskan dengan Kuliah Tajwid: Sebutan Huruf yang dikendalikan oleh Awg Mohd Adib bin Dr. Hj. Serbini, mahasiswa Faculty of Science yang mengambil jurusan Maths Statistic (Degree). 


Awg Mohd Adib bin Dr. Hj. Serbini
Ahli-ahli muslimin


Ahli-ahli muslimat




Sesi dilanjutkan lagi dengan Tadarus Al-Qur'an: Juz 7, yang mana ahli-ahli dibahagikan kepada dua kumpulan berasingan; muslimin membaca 10 muka surat awal dan muslimat membaca 10 muka surat akhir dari Juz 7 Al-Qur'an.








Sesi diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah al-Asr (Masa) sebagai doa penutup bagi sesi ini. Sebelum bersurai, ahli-ahli dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

Terima kasih! Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :D
  

Wednesday 13 August 2014

Sesi 1: Al-Quran Club; A New Chapter


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, sesi pertama kelab Al-Qur'an yang telah diadakan bagi semester baru ini, iaitu pada hari rabu, 13/08/2014 telah pun berjalan dengan lancar. 

Sesi dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah (Pembukaan) yang diketuai oleh Iskandar Latip dan diteruskan dengan bacaan ayat al-qur'an dari Surah At-Taubah (Pengampunan) ayat 38 yang terjemahannya berbunyi; 

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing?) Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding (kesenangan hidup) di akhirat kelak" [9:38]



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...