Wednesday 13 August 2014

Sesi 1: Al-Quran Club; A New Chapter


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, sesi pertama kelab Al-Qur'an yang telah diadakan bagi semester baru ini, iaitu pada hari rabu, 13/08/2014 telah pun berjalan dengan lancar. 

Sesi dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah (Pembukaan) yang diketuai oleh Iskandar Latip dan diteruskan dengan bacaan ayat al-qur'an dari Surah At-Taubah (Pengampunan) ayat 38 yang terjemahannya berbunyi; 

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing?) Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding (kesenangan hidup) di akhirat kelak" [9:38]





Seterusnya, video daripada Ustadh Nouman Ali Khan (Advance in Allah's path - Nouman Ali Khan - Qur'an Weekly : https://www.youtube.com/watch?v=4yjrjVFZoRA) ditayangkan bagi mendalami pemahaman pada ayat tersebut.



                                     

Sesi diteruskan dengan pengenalan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) kelab Al-Qur'an, yang terdiri daripada 12 pelajar Universiti Brunei Darussalam sendiri. Kemudian, video Kelab Al-Qur'an dimainkan bagi memperkenalkan visi dan misi bersertakan akiviti-aktiviti kelab Al-Qur'an yang lalu.

Ameer KA memperkenalkan diri dan AJK-AJK lain.




Sesi diteruskan dengan Ta'aruf game yang dinamakan "Lock and Key Hypothesis";

Kertas berbentuk hati (yang telah dipotong dua) dibahagi-bahagikan kepada peserta-peserta.

Peserta diminta untuk menulis 'nama', 'fakulti' dan 'favourite quote' masing-masing diatas kertas tersebut. 

Peserta diminta untuk mencari "the other half" dan memperkenalkan diri sesama sendiri dan seterusnya diminta untuk exchange paper dengan "pasangan hati" mereka.






Ibrah (pengajaran) dari permainan ini:

- Mencari teman sejati yang benar-benar match dengan kita memang tidak mudah. Namun bila sudah jumpa, hargailah ia dan jangan disia-siakan :) 
- Bertapa pentingnya untuk kita ingat bahawa dunia dan isinya hanyalah sementara  sahaja, termasuklah sahabat-sahabat kita. They said, people come and go. 
- Qada dan Qadar Allah. Adakah kita betul-betul percaya dengan ketentuan Allah selama ini? Astaghfirullah. Kadang Allah temukan kita dengan seseorang yang kita tidak suka atau benci, tapi sebenarnya mungkin sahaja sahabat kita yang itulah yang akan menarik kita masuk ke dalam syurga Allah :)
- Exchanging paper. Kita merancang, Allah juga merancang tetapi perancangan Allah jualah yang lebih baik dan tepat. Allah bagi apa yang kita perlu, bukan yang kita mahu :)
- Don't judge a book by its cover. Semasa permainan tersebut, dalam mencari "pasangan hati" masing-masing, mereka lebih sibuk melihat "hati" sesama sendiri dari appearance mereka. Begitulah yang sepatutnya, dalam mencari sahabat, jangan terlalu pentingkan appearance berbanding dengan hati mereka.

Kemudian, video *link dimainkan bagi menekankan betapa pentingnya Al-Qur'an itu dalam kehidpan seharian kita. 
*Anak kecil buta yang hafal Al-Qur'an : https://www.youtube.com/watch?v=vDZ8Pv6LAUM

Sesi diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah al-Asr (Masa) sebagai doa penutup bagi sesi ini. Sebelum bersurai, ahli-ahli dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.



Antara "Tazkee Card" yang diberi oleh Ameerah KA sebagai cenderahati kepada ahli-ahli.

Terima Kasih! Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...