Wednesday 27 August 2014

Sesi ke-3: The Art Of Qur'an Recitation




Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, dengan izin Allah Ta'ala, sesi Kelab Al-Qur'an yang telah diadakan pada hari rabu, 27/08/2014 berjalan dengan lancar dan ahli-ahli  yang mengikuti sesi pun semakin bertambah. 

Sesi kali ini diketuai dan dikendalikan oleh mahasiswa dari fakulti School of Business and Economic, Mohd Shair bin Haji Shamsuddin yang mana sesi dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah (Pembukaan) beramai-ramai.


Mohd. Shair bin Haji Shamsuddin


Sesi diteruskan dengan bacaan ayat Al-Qur'an (berserta terjemahannya) dari Surah Al-Fur'qan (Pembeza Kebenaran dan Kebatilan), ayat 30 yang juga diketuai oleh Mohd Shair. Terjemahannya seperti berikut;

"Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Qur'an ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai"

[25:30]





Kemudian, sesi diteruskan dengan Pengenalan TarannumTarannum berasal dari perkataan ‘رنم’. Ia mempunyai 4 peringkat suara iaitu:
1. قرار (Qoror)
2. نوا (Nawa)
3. جواب (Jawab)
4. جواب الجواب (Jawabul Jawab)

Alunan suara ada 7 iaitu:
1) Bayati
2) Soba
3) Hijaz
4) Nahawand
5) Rast
6) Sikah
7) Jiharkah


Seterusnya, latihan vokal dan pernafasan diadakan beramai-ramai di antara dua kumpulan, iaitu kumpulan muslimiin dan muslimaat. Kemudian sesi diteruskan dengan latihan pembacaan Al-Quran dengan alunan bayati beramai-ramai dari ayat yang diberikan. Semua ahli yang hadir membaca Surah Al-Mu’minuun (Golongan yang Beriman) ayat 1-3 beramai-ramai dengan alunan bayati.


Ahli-ahli muslimiin semasa latihan vokal dan pernafasan


Praktikal Tarannum




Sesi dilanjutkan lagi dengan Tadarus Al-Qur'an: Juz 8 dan separuh dari Juz 9, yang mana ahli-ahli dibahagikan kepada enam kumpulan berasingan; dua kumpulan dari ahli-ahli mislimiin dan empat kumpulan dari ahli-ahli muslimaat. 






Sesi diakhiri dengan bacaan selepas membaca Al-Qur'an, bacaan tasbih kifarah dan Surah al-'Asr (Masa) beramai-ramai sebagai doa penutup bagi sesi ini. Sebelum bersurai, ahli-ahli dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

Terima kasih! Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...