Wednesday 17 September 2014

Sesi Ke-4: Kepentingan Masa.


 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, sesi kelab Al-Qur'an kali ini yang bertemakan Kepentingan Masa telah pun diadakan pada hari rabu, 17/09/2014 yang lalu.

Sesi dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah (Pembukaan) beramai-ramai yang diketuai oleh Muhammad Iqmar Yazdi bin Osli,  mahasiswa dari Faculty of Science.


Muhammad Iqmar Yazdi bin Osli


 Setelah itu, ameer Kelab Al-Qur'an, Muhammad Najib meneruskan sesi dengan bacaan Al-Qur'an (serta terjemahannya) dari Surah Al-'Asr (Masa) ayat 1-3. Terjemahannya seperti berikut:

"Demi Masa!"
[103:1]

"Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian"
[103:2]

"kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar"
[103:3]



Muhammad Najib



Sesi diteruskan dengan Tazkirah dan Tadabbur Surah Al-'Asr (Masa) oleh Mohd Shair bin Haji Shamsuddin.


Mohd Shair bin Haji Shamsuddin



Setelah ahli-ahli dibahagi kepada dua kumpulan (muslimin dan muslimat), sesi dilanjutkan dengan Game;


Ahli kelab muslimin diarahkan untuk menyusun batu besar dan kecil kedalam cawan yang mengandungi pasir dan air.

Shair menyampaikan ibrah (pengajaran) game ini.

Ahli kelab muslimat diarahkan membuat senarai jadual harian mereka. 


Nur Farhanah binti Haji Suhaili memnyampaikan ibrah kepada ahli muslimat.


Kemudian, sesi diteruskan dengan Tadarus Al-Qur'an: Juz 9 (10 mukasurat akhir) dan Juz 10. Ahli-ahli dibahagikan kepada 4 kumpulan; satu kumpulan dari ahli-ahli muslimin dan 3 kumpulan dari ahli-ahli muslimat.





Sesi diakhiri dengan bacaan selepas membaca Al-Qur'an, bacaan tasbih kifarah dan Surah al-'Asr (Masa) beramai-ramai sebagai doa penutup bagi sesi ini. Sebelum bersurai, ahli-ahli dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

Terima kasih! Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :D


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...