Wednesday 1 October 2014

Sesi Ke-5: Another Step To Tajwid..




Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, sesi kelab Al-Qur'an pada kali ini ialah Another Step To Tajwid yang telah diadakan pada hari rabu, 01/10/2014.


Sesi kali ini dikendalikan oleh Muhammad Iqmar Yazdi bin Osli, yang mana sesi dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah (Pembukaan) beramai-ramai



Muhammad  Iqmar Yazdi bin Osli



Setelah itu, sesi diteruskan dengan tilawah Surah Al-Maidah (Hidangan), ayat 15-16 yang terjemahannya adalah seperti berikut:

"Wahai ahli kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad, SAW) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang  jelas nyata keterangannya.
[5:15]

"Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.
[5:16]






Kemudian sesi diteruskan lagi dengan Kuliah Tajwid: Nun mati & Tanwin dan Mim mati yang dikendalikan oleh Dayangku Nur Ain Pengiran Ali.







Setelah itu, sesi disambung dengan Tadarrus Juz 11; ahli-ahli muslimin membaca 10 muka surat awal dan ahli-ahli muslimat membaca 10 muka surat akhir. Tetapi sebelum memulakan tadarrus, ahli-ahli membaca Doa Sebelum membaca Al-Qur'an beramai-ramai dan mengakhiri tadarrus dengan Doa Selepas membaca Al-Qur'an. 











Sesi diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah Al-'Asr (Masa) dan jamuan yang telah disediakan. 

Terima Kasih, moga bermanfaat! :D Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...