Wednesday 15 October 2014

Sesi Ke-7: Ku Syukuri Nikmat-Mu.



Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, dengan berlangsungnya sesi ini, Allah beri peluang untuk sama-sama menghayati erti sebenar mensyukuri ni'mah itu. Sesi ini diadakan pada petang rabu (15/10/2014).

Sesi kali ini dikendalikan oleh Mohd S'Iskandar, yang mana Surah Al-Fatihah (Pembukaan) dibaca beramai-ramai bagi memulakan sesi. 

Kemudian, sesi ini diteruskan lagi dengan Renungan ayat Al-Qur'an: Surah Al-Kautsar (Sungai di syurga), ayat 1-3, yang mana tilawah surah Al-Kautsar diketuai oleh Ahmad Najib. Berikut adalah terjemahan bagi surah tadi:


"Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat)."
[108:1]

"Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)."
[108:2]

"Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)."
[108:3]



Seterusnya, tadabbur ayat diatas disampaikan oleh Mohd. Shair.







Setelah itu, sesi diteruskan lagi dengan Games. Ahli-ahli kelab Al-Qur'an dibahagikan kepada beberapa kumpulan (muslimin: 1 kumpulan & muslimat: 3 kumpulan). Setiap kumpulan diberi satu kertas dan setiap ahli kumpulan hendaklah mengisi kertas itu dengan menuliskan nikmat-nikmat yang Allah hadiahkan kepada mereka, seperti, nikmat udara, kehidupan, ujian dan sebagainya. Kumpulan yang paling banyak menuliskan list nikmat dikira sebagai pemenang.






Pemenang bagi game ni'mah: Kumpulan muslimin


Kemudian, video '360 nikmat' dimainkan untuk sama-sama refleksi diri.
*Link: https://www.youtube.com/watch?v=j8DsTOa09MM
Credit: https://www.youtube.com/user/moslemchannel






Seterusnya, Ibrah dari game tadi itu disampaikan oleh Mohd S'Iskandar.






Sesi dilangsungkan dengan Tadarus Al-Qur'an: Juz 13








Sesi diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah al-Asr (Masa) sebagai doa penutup bagi sesi ini. Sebelum bersurai, ahli-ahli dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

Dengan itu, saya akhiri artikel ini dengan ayat Al-Qur'an dari Surah An-Najm (Bintang), ayat 55, yang terjemahannya berbunyi:

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu (yang tidak terhingga itu) engkau ragu-ragukan (wahai manusia)?"
  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...