Wednesday 8 October 2014

Sesi Ke-6: The Art of Qur'an Recitation (Part II)


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, dengan izin Allah Subhanahu Wa Ta'ala, sesi tarannum bahagian II telah pun berjalan dengan lancar. Ianya diadakan pada hari Rabu 08/10/2014.

Sesi kali ini dikendalikan oleh Ahmad Najib bin Haji Adnan, yang mana ia mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah (Pembukaan) yang dibaca beramai-ramai bagi memulakan sesi.



Ahmad Najib bin Haji Adnan 



Sesi diteruskan dengan tilawah dan penghayatan Surah At-taubah (Pengampunan) ayat 41-42, yang terjemahannya seperti berikut:

"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta banda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik kamu, jika kamu mengetahui"
[9:41]

"Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu)."
[9:42]





Setelah itu, sesi dilanjutkan lagi dengan pembelajaran Tarannum bahagian II: Bayati. Ahli-ahli Kelab Al-Qur'an dibahagikan kepada dua kumpulan (kumpulan muslimin dan muslimat), yang mana setiap kumpulan ditempatkan dibilik yang berasingan. penyampai bagi kumpulan muslimin ialah mahasiswa UBD dari fakulti School of Business and Economics, Mohd. Shair bin Haji Shamsuddin dan penyampai bagi kumpulan muslimat ialah mahasiswi UBD dari Faculty of Science,  Yumni Haziqah binti Muhammad.  


Mohd. Shair dan ahli-ahli muslimin

Yumni Haziqah dan ahli-ahli muslimat



Selesai sahaja pembelajaran tarannum, sesi diteruskan dengan Tadarus Al-Qur'an: Juz 12.

Sesi diakhiri dengan bacaan selepas membaca Al-Qur'an, bacaan tasbih kifarah dan Surah al-'Asr (Masa) beramai-ramai sebagai doa penutup bagi sesi ini. Sebelum bersurai, ahli-ahli dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

Terima kasih! Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...