Wednesday 28 January 2015

Sesi ke-3: Back To Square One.



Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah wa Syukurillah. Sesi ke-3 bagi kelab Al-Qur'an yang bertemakan "Back To Square One" telah pun diadakan pada rabu (28/01/2015). Sesi ini memfokuskan kepada pembelajaran Tajwid.

Sesi pembelajaran ini dikendalikan oleh Ak. Ahmad Abdul Mustaqim bin Pg. Hj. Samsudin, mahasiswa UBD dari Faculty of Science. Beliau juga mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah (Pembukaan) yang dibaca beramai-ramai bagi memulakan sesi.

Sesi diteruskan dengan tilawah dan tadarrus beramai-ramai Surah Al-'Alaq (Segumpal Darah) ayat 1-19.






Seterusnya, sesi diteruskan dengan Kuliah Tajwid: Makhrajal Huruf, dengan menggunakan Surah Al-'Alaq sebagai reference yang disampaikan oleh Mohd. Aziz Zulazmi bin Samsudin, Ameer (ketua) kelab Al-Qur'an.







Kemudian, sesi diteruskan dengan mentasmi' bacaan ahli-ahli yang mana Surah yang digunakan adalah Surah Al-'Alaq ayat 1-19 tadi, ini adalah supaya ahli-ahli dan AJK sendiri dapat memperbetulkan tajwid dan bacaan semasa tadarrus tadi.







Seterusnya, sesi diteruskan lagi dengan kuiz tajwid dan ahli yang dapat menjawab kuiz dengan betul diberikan hadiah.

Sesi diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah Al-'Asr (Masa) sebagai penutup doa bagi sesi ini. Sebelum bersurai, ahli-ahli dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

Terima kasih! Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :D

Wednesday 21 January 2015

Sesi ke-2: What Is Qur'an To You?




Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah wa Astaghafirullah, sesi Kelab Al-Qur'an yang bertemakan "What Is Qur'an To You?" telah pun diadakan pada hari rabu (21/01/2015).

Sesi ini dikendalikan oleh Ameer (ketua) bagi Kelab Al-Qur'an yang baru sahaja dilantik, Mohd. Aziz Zulazmi bin Samsudin, mahasiswa UBD dari Faculty Of Science. Beliau juga mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah (Pembukaan) yang dibaca beramai-ramai bagi memulakan sesi.


Mohd. Aziz zulazmi (Ameer KA)


Setelah itu, sesi diteruskan dengan Tilawah Al-Qur’an; Surah Al-Kahf (Gua) yang diketuai oleh Ak. Mohammad Faris bin Pg. Sarudin, mahasiswa UBD dari School of Business and Economics.






Kemudian, sesi diteruskan dengan kuliah santai yang disampaikan oleh Ustaz Marwan bin Zainal. Latar belakang akademik beliau adalah seperti berikut: 
- BA Education in Social Science, 
- MA History (thesis research in National Philosophies MIB), 
- PHD in Islamic Civilization (thesis research in The Development of Sharia Law in Brunei Darussalam).








Diantara perkara-perkara yang dibincangkan dalam kuliah beliau;


"what iQur’an to us?"

•        Allah menunjukkan kasih sayangNya kepada kita, hamba-hambaNya 

Rasulullah SAW bersabda:

"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-qur'an) dan sunnah rasul-Nya". (riwayat Malik)

Al-Qur'an itu adalah 'Manual of Life’.

Dalam Surah Al-Baqarah (Lembu Betina), ayat 2, yang terjemahannya berbunyi:

“Kitab (Al-Qur’an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa”
[2:2]

Ini menunjukkan bahawa Allah memang sudah jamin bahawa Al-Qur’an itu memang betul.

Sebagai satu analogy, Al-Qur’an itu bagaikan GPS System for the world of unknown kerana tanpanya, manusia akan tersesat

Tetapi, sayangnya, ada segelinitir masyarakat seolah-olah menganggap Al-Qur'an itu sebagai 'material' yang hanya menjadi sebuah perhiasan dalam almari buku. Ataupun hanya sebagai salah satu benda untuk hantaran perkahwinan.

#Food for thought: Kenapa Allah bagi kita semua nikmat ni jikalau ianya tidak melambangkan Kasih SayangNya kepada kita?

•        Al-Qur'an sebagai Asy-Syifa (penawar)

Manusia ni memang simple tetapi complicated. Kita ada tubuh badan, kalau luka, dapat cari ubat, tapi kalau hati yang luka/sakit, Al-Qur'an lah penawarnya.
Kerana dengan hanya mengingat Allah, hati kita akan tenang.

Dalam Surah Ar-Ra'd (Guruh), ayat 28, yang terjemahannya berbunyi:

"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram"
[13:28]

Jika ingin memahami Al-Qur'an, lebih baik jika memahaminya dengan menggunakan hati. Ini adalah kerana pemahaman melalui hati selalunya menyedarkan dan menginsafkan, Insya Allah.



Surah Yunus, Ayat 1 : "Alif, Lam, Ra. These are the verses of the wise Book ."

An example that Qur'an helps us for not be burdened of what is happening to us. Surah at-Taubah, Ayat 9: " Go forth, whether light or heavy, and strive with your wealth and your lives in the cause of Allah . That is better for you, if you only knew."

Ustaz Marwan asked how much do we know the Qur'an. Is Qur'an just a decoration in our shelves? Nauzubillah! Surah Al Baqarah, Ayat 8 " And of the people are some who say, "We believe in Allah and the Last Day," but they are not believers."
We learn Qur'an by heart. An example of how we are lost at heart. Surah Al Haj, Ayat 46 : " So have they not traveled through the earth and have hearts by which to reason and ears by which to hear? For indeed, it is not eyes that are blinded, but blinded are the hearts which are within the breasts."

Ustaz mentioned that why some people who learned Qur'an cannot really understand the Qur'an? Or why do some people cannot accept the truth in the Qur'an? It is because their hearts are sealed. Surah Al Baqarah, Ayat 7 :" Allah has set a seal upon their hearts and upon their hearing, and over their vision is a veil. And for them is a great punishment."


And in the end, Qur'an is the healer to all human beings. Surah Yunus, Ayat 57:  "O mankind, there has to come to you instruction from your Lord and healing for what is in the breasts and guidance and mercy for the believers."


#Food for thoughtBatu yang keras, jika dititikkan air atasnya lama-lama akan pecah juga. Apatah lagi hati yang lembut?


Game Time! 
Chinese Whisper

Setelah ahli-ahli muslimin dan muslimat diasingkan kepada beberapa kumpulan, salah seorang ahli diminta untuk menghafal teks pendek yang berbunyi;

"Al-Qur'an is my life. Honor it, learn it, teach it, love it, read it and memorise it as much as you can of it"






Kemudian, sesi diteruskan dengan kuiz berkaitan dengan kuliah tadi.

Sesi ditutup dengan upacara penghargaan kepada penyampai, penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz dan seterusnya ditutup dengan bacaan Surah Al-‘Asr. 





ahli-ahli KA dan AJK


Terima Kasih.. Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh! :D 

Wednesday 14 January 2015

Sesi 1: Ta'rauf Session with Kelab Al-Qur'an.




Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Ta'aruf (perkenalan) Session
dipilih sebagai tema permulaan bagi semester ini. Alhamdulillah wa Astaghafirullah, sesi pada hari rabu (14/01/2015) telah pun berjalan dengan lancar.

Sesi yang pertama ini dikendalikan oleh Ameer Al-Qur'an kelab ini sendiri, iaitu, Ahmad Najib bin Haji Adnan, mahasiswa UBD dari Faculty of Science. Seperti biasa, Surah Al-Fatihah (Pembukaan) dibaca beramai-ramai bagi memulakan sesi. 


Ahmad Najib bin Haji Adnan



Sesi diteruskan dengan tilawah dan penghayatan Surah Al-Hujurat (Bilik-bilik) ayat 9-13, yang diketuai oleh Ak. Ahmad Abdul Mustaqim bin Pg. Hj. Samsudin, mahasiswa dari Faculty of Science. Terjemaahan bagi ayat tersebut adalah seperti berikut;

"Dan apabila ada dua golongan orang Mukmin berperang, maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari keduanya berbuat zalim terhadap (golongan) yang lain, maka perangilah (golongan) yang berbuat zalim itu, sehingga golongan itu kembai kepada perintah Allah. Jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, dan berlakulah adil. Sungguh, Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil."
[49:9]

"Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat."
[49:10]

"wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, (karena) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok), dan jangan pula perempuan-perempuan (mengolok-olokkan) perempuan lain, (karena) boleh jadi perempuan (yang diperolok-olok) lebih baik dari perempuan (yang mengolok-olok). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barangsiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
[49:11]

"wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya  sebagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang."
[49:12]

"wahai manusia! Sungguh, Kami telah Menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami Jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti."
[49:13]


Ak. Ahmad Abdul Mustaqim bin Pg. Hj. Samsudin



Setelah itu, sesi diteruskan lagi dengan pengenalan Ahli Jawatan Kuasa kelab Al-Qur'an, yang terdiri daripada 12 mahasiswa/i Universiti Brunei Darussalam sendiri. Kemudian, visi dan misi bersertakan aktiviti-aktiviti kelab diperkenalkan kepada ahli-ahli yang hadir.








Seterusnya, video daripada Iproduksi (QuranDiHatiKu - feat. Aiman Azlan: http://youtu.be/fJ2yZLtuKR0) ditayangkan bagi sama-sama mengingati betapa pentingnya Al-Quran itu dalam kehidupan seharian kita. 



*Credit to https://www.youtube.com/user/lproduksi


Setelah dibahagikan kepada beberapa kumpulan (mulimin dan mulimat diasingkan) sesi diteruskan dengan... 





Game 1: menguji ketahanan (pembinaan dari surat khabar)



Setiap kumpulan diberi Surat Khabar untuk membina sebuah bangunan mengikut kreativiti masing-masing 
Binaan tersebut haruslah kuat dan kukuh yang tingginya separas lutut 
 Ahli-ahli diberi masa selama 30 minit untuk menyiapkan binaan mereka
Sesudah selesai, binaan masing-masing akan diuji keutuhannya dengan botol yang berisi air




Kumpulan yang mempunyai bangunan yang paling utuh diberi hadiah



Game 2: Magic Surat Khabar



Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki untuk meletakkan kedua kaki mereka diatas surat khabar yang diberikan.
Kemudian, dengan arahan AJK, ahli-ahli diminta untuk melipat surat khabar itu kepada dua bahagian sambil kaki mereka masih diatas surat khabar itu.
Seterusnya lipat lagi kepada dua bahagian.

Masa yang diberikan: 15 minit.


Ibrah (pengajaran) dari permainan ini:

1. Kepimpinan diri. Sebagai seorang pemimpin (tidak kiralah pemimpin bagi sesuatu kumpulan atau pemimpin bagi diri sendiri), kita memang tidak pernah akan dapat lari daripada pelbagai ujian, seperti stress, tekanan berkerja dengan orang yang tidak dikenali dan sebagainya. 

Oleh itu, untuk menjadi pemimpin yang baik, kita hendaklah menanamkan sifat mahu berkerjasama (dengan diri sendiri atau orang lain). Sifat-sifat seperti sabar, pendengar yang baik atau good listener, berani dalam membuat keputusan dan tidak mudah putus asa juga adalah penting untuk ada dalam diri pemimpin seperti kita. 

2. Pada masa yang sama, bukan pemimpin sahaja yang harus bertanggungjawab, malah pengikut juga memainkan peranan yang penting. Kerana, selagi seseorang itu menjalankan hak-hak mereka sebagai pemimpin, kita haruslah ikut dan latih diri untuk mahu dibimbing.

3. Hubungkait dengan Al-Qur'an. Al-Qur'an ialah pembimbing bagi manusia, oleh itu, ikutlah dan bimbinglah orang lain dijalan Al-Qur'an. 

Wallahu'alam..

Sesi diakhiri dengan bacaan doa Rabithah, tasbih Kifarah dan Surah Al-'Asr (Masa) beramai-ramai sebagai doa penutup sesi ini. Sebelum bersurai, ahli-ahli dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

Terima Kasih.. Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh! :D 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...