Wednesday 28 January 2015

Sesi ke-3: Back To Square One.



Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah wa Syukurillah. Sesi ke-3 bagi kelab Al-Qur'an yang bertemakan "Back To Square One" telah pun diadakan pada rabu (28/01/2015). Sesi ini memfokuskan kepada pembelajaran Tajwid.

Sesi pembelajaran ini dikendalikan oleh Ak. Ahmad Abdul Mustaqim bin Pg. Hj. Samsudin, mahasiswa UBD dari Faculty of Science. Beliau juga mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah (Pembukaan) yang dibaca beramai-ramai bagi memulakan sesi.

Sesi diteruskan dengan tilawah dan tadarrus beramai-ramai Surah Al-'Alaq (Segumpal Darah) ayat 1-19.






Seterusnya, sesi diteruskan dengan Kuliah Tajwid: Makhrajal Huruf, dengan menggunakan Surah Al-'Alaq sebagai reference yang disampaikan oleh Mohd. Aziz Zulazmi bin Samsudin, Ameer (ketua) kelab Al-Qur'an.







Kemudian, sesi diteruskan dengan mentasmi' bacaan ahli-ahli yang mana Surah yang digunakan adalah Surah Al-'Alaq ayat 1-19 tadi, ini adalah supaya ahli-ahli dan AJK sendiri dapat memperbetulkan tajwid dan bacaan semasa tadarrus tadi.







Seterusnya, sesi diteruskan lagi dengan kuiz tajwid dan ahli yang dapat menjawab kuiz dengan betul diberikan hadiah.

Sesi diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah Al-'Asr (Masa) sebagai penutup doa bagi sesi ini. Sebelum bersurai, ahli-ahli dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

Terima kasih! Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...