Wednesday 14 January 2015

Sesi 1: Ta'rauf Session with Kelab Al-Qur'an.




Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Ta'aruf (perkenalan) Session
dipilih sebagai tema permulaan bagi semester ini. Alhamdulillah wa Astaghafirullah, sesi pada hari rabu (14/01/2015) telah pun berjalan dengan lancar.

Sesi yang pertama ini dikendalikan oleh Ameer Al-Qur'an kelab ini sendiri, iaitu, Ahmad Najib bin Haji Adnan, mahasiswa UBD dari Faculty of Science. Seperti biasa, Surah Al-Fatihah (Pembukaan) dibaca beramai-ramai bagi memulakan sesi. 


Ahmad Najib bin Haji Adnan



Sesi diteruskan dengan tilawah dan penghayatan Surah Al-Hujurat (Bilik-bilik) ayat 9-13, yang diketuai oleh Ak. Ahmad Abdul Mustaqim bin Pg. Hj. Samsudin, mahasiswa dari Faculty of Science. Terjemaahan bagi ayat tersebut adalah seperti berikut;

"Dan apabila ada dua golongan orang Mukmin berperang, maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari keduanya berbuat zalim terhadap (golongan) yang lain, maka perangilah (golongan) yang berbuat zalim itu, sehingga golongan itu kembai kepada perintah Allah. Jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, dan berlakulah adil. Sungguh, Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil."
[49:9]

"Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat."
[49:10]

"wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, (karena) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok), dan jangan pula perempuan-perempuan (mengolok-olokkan) perempuan lain, (karena) boleh jadi perempuan (yang diperolok-olok) lebih baik dari perempuan (yang mengolok-olok). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barangsiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
[49:11]

"wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya  sebagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang."
[49:12]

"wahai manusia! Sungguh, Kami telah Menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami Jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti."
[49:13]


Ak. Ahmad Abdul Mustaqim bin Pg. Hj. Samsudin



Setelah itu, sesi diteruskan lagi dengan pengenalan Ahli Jawatan Kuasa kelab Al-Qur'an, yang terdiri daripada 12 mahasiswa/i Universiti Brunei Darussalam sendiri. Kemudian, visi dan misi bersertakan aktiviti-aktiviti kelab diperkenalkan kepada ahli-ahli yang hadir.








Seterusnya, video daripada Iproduksi (QuranDiHatiKu - feat. Aiman Azlan: http://youtu.be/fJ2yZLtuKR0) ditayangkan bagi sama-sama mengingati betapa pentingnya Al-Quran itu dalam kehidupan seharian kita. 



*Credit to https://www.youtube.com/user/lproduksi


Setelah dibahagikan kepada beberapa kumpulan (mulimin dan mulimat diasingkan) sesi diteruskan dengan... 





Game 1: menguji ketahanan (pembinaan dari surat khabar)



Setiap kumpulan diberi Surat Khabar untuk membina sebuah bangunan mengikut kreativiti masing-masing 
Binaan tersebut haruslah kuat dan kukuh yang tingginya separas lutut 
 Ahli-ahli diberi masa selama 30 minit untuk menyiapkan binaan mereka
Sesudah selesai, binaan masing-masing akan diuji keutuhannya dengan botol yang berisi air




Kumpulan yang mempunyai bangunan yang paling utuh diberi hadiah



Game 2: Magic Surat Khabar



Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki untuk meletakkan kedua kaki mereka diatas surat khabar yang diberikan.
Kemudian, dengan arahan AJK, ahli-ahli diminta untuk melipat surat khabar itu kepada dua bahagian sambil kaki mereka masih diatas surat khabar itu.
Seterusnya lipat lagi kepada dua bahagian.

Masa yang diberikan: 15 minit.


Ibrah (pengajaran) dari permainan ini:

1. Kepimpinan diri. Sebagai seorang pemimpin (tidak kiralah pemimpin bagi sesuatu kumpulan atau pemimpin bagi diri sendiri), kita memang tidak pernah akan dapat lari daripada pelbagai ujian, seperti stress, tekanan berkerja dengan orang yang tidak dikenali dan sebagainya. 

Oleh itu, untuk menjadi pemimpin yang baik, kita hendaklah menanamkan sifat mahu berkerjasama (dengan diri sendiri atau orang lain). Sifat-sifat seperti sabar, pendengar yang baik atau good listener, berani dalam membuat keputusan dan tidak mudah putus asa juga adalah penting untuk ada dalam diri pemimpin seperti kita. 

2. Pada masa yang sama, bukan pemimpin sahaja yang harus bertanggungjawab, malah pengikut juga memainkan peranan yang penting. Kerana, selagi seseorang itu menjalankan hak-hak mereka sebagai pemimpin, kita haruslah ikut dan latih diri untuk mahu dibimbing.

3. Hubungkait dengan Al-Qur'an. Al-Qur'an ialah pembimbing bagi manusia, oleh itu, ikutlah dan bimbinglah orang lain dijalan Al-Qur'an. 

Wallahu'alam..

Sesi diakhiri dengan bacaan doa Rabithah, tasbih Kifarah dan Surah Al-'Asr (Masa) beramai-ramai sebagai doa penutup sesi ini. Sebelum bersurai, ahli-ahli dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

Terima Kasih.. Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh! :D 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...