Wednesday 4 February 2015

Sesi Ke-4: Reflection On Your Correction.



Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah Wa Astaghafirullah, dengan izin Allah SWT, sesi kali keempat yang bertemakan “Reflection For Your Correction” telah pun diadakan pada rabu (04/02/2015) yang lalu.

Sesi ini dikendalikan oleh Mohd. Aziz Zulazmi bin Samsudin. Bagi memulakan sesi, Surah Al-Fatihah (Pembukaan) dibaca beramai-ramai yang diketuai oleh beliau dan seterusnya, tilawah Surah Al-Baqaarah (Lembu Betina) ayat 1-5. Terjemahannya adalah seperti berikut:

"Alif Lam Mim"
[2:1]

"Kitab (al-Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa"
[2:2]

"(yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka,"
[2:3]

"dan mereka yang beriman kepada (al-Qur'an) yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan (kitab-kitab) yang telah diturunkan sebelum engkau, dan mereka yakin akan adanya akhirat"
[2:4]

"merekalah yang mendapat petunjuk dari tuhan-nya, dan mereka itulah oran-orang yang beruntung"
[2:5]






Kemudian, Mohd. Aziz menjemput tetamu undangan, Ustaz Haji Khairul Nazif bin Haji Awang Damit, Lecturer UBD sendiri. Latar belakang akademik beliau adalah seperti berikut;

  • Unissa & University of Jordan: Bachelor of Usuluddin (Tafsir & Hadiths)
  • University of Melbourne, Australia: Master of Islamic studies
  • Universiti Brunei Darussalam, Brunei: PHD Candidate in Islamic Civilisation & Contemporary Issues







Kuliah Highlights:
  • Ustaz Nazif juga menekankan bahawa pentingnya Tadabur Al-Qur'an selain menekankan kepentingan amalan membaca Al-Qur'an itu sendiri.  
  • Bagi orang yang membaca Al-Qur'an tetapi tidak menyertakan Tadabur, analogynya adalah seperti seorang pesakit yang diberi ubat oleh doktor, tetapi pesakit itu hanya membaca preskripsi ubat itu tanpa memakannya.
  • 1st step (langkah pertama) dalam mentadabur Al-Qur'an: ilmu.
  • Tips bagi cara yang betul untuk Tadabur Al-Qur'an:
  1. Disaat kita kan Tadabur Al-Qur'an, bisikkan dalam hati - "Apa yang akan saya baca ini adalah Kalam Allah"
  2. Apa yang tertulis di dalam Al-Qur'an ini adalah betul-betul belaka, yakinlah kerana semuanya dari Allah.
  3. Terasalah bahawa apa yang kita baca itu adalah seolah-olah untuk kita.
  • Cara untuk khusyu' dalam solat:
  1. Hayati makna bacaan dalam solat kita.
  2. Ingatlah kita ini hanyalah hamba yang lemah yang sentiasa memerlukan pertolongan Yang Maha Penyayang.
  3. Bayangkanlah betapa banyaknya dosa-dosa yang kita telah lakukan.
  4. Bayangkanlah betapa banyaknya kita menyusahkan ibu bapa kita, dosa-dosa kita kepada mereka, Astaghafirullah.











Dipenghujung kuliah, Mohd. Aziz menyampaikan penghargaan kepada Ustaz Nazif sebagai tanda terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk mengongsikan 'ilmu yang bermanfaat, Insya Allah.

Sesi diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah Al-'Asr (Masa) sebagai penutup doa bagi sesi ini. Sebelum bersurai, ahli-ahli dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

Terima Kasih! Semoga bermanfaat. Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :D 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...