Wednesday 11 February 2015

Sesi Ke-5: Once Upon A Time With Qur'an.



Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, dengan izin Allah, sesi ke lima bagi Kelab Al-Qur'an yang bertemakan Once Upon A Time With Qur'an telah pun berjalan dengan lancar. Ianya telah diadakan pada hari rabu (11/02/2015).

Sesi kali ini dikendalikan oleh Ahmad Najib bin Haji Adnan, mahasiswa UBD dari Faculty of Science. Beliau mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah (Pembukaan) bagi memulakan sesi.






Sesi diteruskan dengan Tilawah dan penghayatanSurah Thaha ayat 1 - 5 yang diketuai oleh Ak. Mohammad Faris bin Pg. Sarudin, mahasiswa UBD dari School of Business and Economics. Terjemahan bagi ayat tersebut adalah seperti berikut:

"Tha Ha."
[20:1]

"Kami tidak Menurunkan Al-Quran ini kepadamu (Muhammad) agar engkau menjadi susah;
[20:2]

"melainkan sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),"
[20:3]

"diturunkan dari (Allah) yang Menciptakan bumi dan langit yang tinggi,"
[20:4]

"(yaitu) Yang Maha Pengasih, yang Bersemayam di atas Arasy,"
[20:5]

Setelah itu, sesi diteruskan lagi dengan Tadarrus beramai-ramai Surah Al-Mulk (Kerajaan) ayat 1 - 12.






Kemudian, sesi diteruskan dengan Kuliah Tajwid: Hukum Mad yang dikendalikan oleh Mohd. Aziz Zulazmi bin Samsudin, mahasiswa UBD dari Faculty of Science.







Seterusnya, sesi teruskan lagi dengan mentasmi' ahli-ahli yang mana surah yang digunakan adalah Surah Al-Mulk tadi. Ini adalah supaya ahli-ahli dan AJK sendiri dapat memperbetulkan tajwid serta bacaan semasa tadarrus tadi.





Setelah itu, bagi aktiviti sesi kali ini, setelah ahli-ahli dibahagikan kepada kumpulan yang berasingan, mereka diberikan masa 5 minit untuk menghafal Surah Al-Mulk ayat 1 - 12. Kemudian potongan-potongan ayat tersebut diberikan kepada setiap kumpulan dan masa 5 minit diberikan untuk mereka menyusun ayat-ayat tersebut.








Kemudian, video tazkirah - The Qur'an is enough for us by Ustaz Nouman Ali Khanhttps://www.youtube.com/watch?v=rzJN4QPhsbg dimainkan sebagai peringatan kepada yang hadir bahawa betapa petingnya Al-Qur'an itu kepada kita.





Sesi diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah Al-'Asr (Masa). Sebagai penutup doa bagi sesi ini. Sebelum bersurai, ahli-ahli dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan. 

Terima Kasih, semoga bermanfaat. Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarkatuh! :D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...