Wednesday, 17 September 2014

Sesi Ke-4: Kepentingan Masa.


 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, sesi kelab Al-Qur'an kali ini yang bertemakan Kepentingan Masa telah pun diadakan pada hari rabu, 17/09/2014 yang lalu.

Sesi dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah (Pembukaan) beramai-ramai yang diketuai oleh Muhammad Iqmar Yazdi bin Osli,  mahasiswa dari Faculty of Science.


Muhammad Iqmar Yazdi bin Osli


 Setelah itu, ameer Kelab Al-Qur'an, Muhammad Najib meneruskan sesi dengan bacaan Al-Qur'an (serta terjemahannya) dari Surah Al-'Asr (Masa) ayat 1-3. Terjemahannya seperti berikut:

"Demi Masa!"
[103:1]

"Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian"
[103:2]

"kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar"
[103:3]



Muhammad Najib



Sesi diteruskan dengan Tazkirah dan Tadabbur Surah Al-'Asr (Masa) oleh Mohd Shair bin Haji Shamsuddin.


Mohd Shair bin Haji Shamsuddin



Setelah ahli-ahli dibahagi kepada dua kumpulan (muslimin dan muslimat), sesi dilanjutkan dengan Game;


Ahli kelab muslimin diarahkan untuk menyusun batu besar dan kecil kedalam cawan yang mengandungi pasir dan air.

Shair menyampaikan ibrah (pengajaran) game ini.

Ahli kelab muslimat diarahkan membuat senarai jadual harian mereka. 


Nur Farhanah binti Haji Suhaili memnyampaikan ibrah kepada ahli muslimat.


Kemudian, sesi diteruskan dengan Tadarus Al-Qur'an: Juz 9 (10 mukasurat akhir) dan Juz 10. Ahli-ahli dibahagikan kepada 4 kumpulan; satu kumpulan dari ahli-ahli muslimin dan 3 kumpulan dari ahli-ahli muslimat.





Sesi diakhiri dengan bacaan selepas membaca Al-Qur'an, bacaan tasbih kifarah dan Surah al-'Asr (Masa) beramai-ramai sebagai doa penutup bagi sesi ini. Sebelum bersurai, ahli-ahli dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

Terima kasih! Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :D


Saturday, 13 September 2014

PMUBD Showcase - September 2014






 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, Allah beri peluang untuk mengikuti PMUBD booth showcase yang bertemakan "Recycle" (kitar semula) selama tiga hari yang bermula pada 09/09/14 hingga 11/09/14. Ianya dibukakan kepada kelab-kelab ECA UBD untuk memperkenalkan kelab masing-masing kepada mahasiswa/i baru dan seterusnya membukakan pendaftaran bagi yang berminat untuk mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kelab tersebut. Disamping itu, ianya juga dibukakan kepada setiap fakulti-fakulti yang ada di UBD untuk menarik minat mahasiswa/i untuk mendaftar menjadi ahli student body. 



Ameer baru Kelab Al-Qur'an bagi sesi 2014/2015


Najib (Ameer) dan Iskandar (Media 1) semasa persembahan showcase 




Kelab Al-Qur'an - booth highlights:


"What is Qur'an to you?"









"Qur'an Trivia"



Hadiah misteri untuk Qur'an Trivia






Goodie Bag yang mengandungi peringatan



Badges yang direka bentuk oleh PRO 1 kelab - DK Nur Ain binti PG. Ali


Atas persetujuan AJK KA, baju yang direka bentuk oleh PRO 1 juga dijual




Akhir kata, insya Allah, kami masih membukakan pendaftaran bagi ahli kelab Al-Qur'an untuk semester ini.





Terima kasih! Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :D




Wednesday, 27 August 2014

Sesi ke-3: The Art Of Qur'an Recitation




Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, dengan izin Allah Ta'ala, sesi Kelab Al-Qur'an yang telah diadakan pada hari rabu, 27/08/2014 berjalan dengan lancar dan ahli-ahli  yang mengikuti sesi pun semakin bertambah. 

Sesi kali ini diketuai dan dikendalikan oleh mahasiswa dari fakulti School of Business and Economic, Mohd Shair bin Haji Shamsuddin yang mana sesi dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah (Pembukaan) beramai-ramai.


Mohd. Shair bin Haji Shamsuddin


Sesi diteruskan dengan bacaan ayat Al-Qur'an (berserta terjemahannya) dari Surah Al-Fur'qan (Pembeza Kebenaran dan Kebatilan), ayat 30 yang juga diketuai oleh Mohd Shair. Terjemahannya seperti berikut;

"Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Qur'an ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai"

[25:30]





Kemudian, sesi diteruskan dengan Pengenalan Tarannum. Tarannum berasal dari perkataan ‘رنم’. Ia mempunyai 4 peringkat suara iaitu:
1. قرار (Qoror)
2. نوا (Nawa)
3. جواب (Jawab)
4. جواب الجواب (Jawabul Jawab)

Alunan suara ada 7 iaitu:
1) Bayati
2) Soba
3) Hijaz
4) Nahawand
5) Rast
6) Sikah
7) Jiharkah


Seterusnya, latihan vokal dan pernafasan diadakan beramai-ramai di antara dua kumpulan, iaitu kumpulan muslimiin dan muslimaat. Kemudian sesi diteruskan dengan latihan pembacaan Al-Quran dengan alunan bayati beramai-ramai dari ayat yang diberikan. Semua ahli yang hadir membaca Surah Al-Mu’minuun (Golongan yang Beriman) ayat 1-3 beramai-ramai dengan alunan bayati.


Ahli-ahli muslimiin semasa latihan vokal dan pernafasan


Praktikal Tarannum




Sesi dilanjutkan lagi dengan Tadarus Al-Qur'an: Juz 8 dan separuh dari Juz 9, yang mana ahli-ahli dibahagikan kepada enam kumpulan berasingan; dua kumpulan dari ahli-ahli mislimiin dan empat kumpulan dari ahli-ahli muslimaat. 






Sesi diakhiri dengan bacaan selepas membaca Al-Qur'an, bacaan tasbih kifarah dan Surah al-'Asr (Masa) beramai-ramai sebagai doa penutup bagi sesi ini. Sebelum bersurai, ahli-ahli dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

Terima kasih! Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...