Wednesday 5 February 2014

Sesi 1: Sesi Ta’aruf

Kredit kepada Facebook Owh So Muslim (OSM) atas penggunaan kartun


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, sesi pertama bagi semester baru ini telah berlangsung dengan lancar. Sesi ini dinamakan Sesi Ta’aruf. Sesi ini telah diadakan pada hari Rabu, 5hb Febuari 2014.

Sesi dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah yang diketuai oleh juru acara, Hannan Morshid. Kemudian, sesi diteruskan dengan bacaan ayat-ayat al-Quran secara bertarannum iaitu dari Surah al-Furqan, ayat 27 hingga 32 serta terjemahannya oleh Md Shair Haji Shamsuddin. Setelah itu, Ameer Kelab Al-Quran iaitu Md Zainul Akhir Mohiddin dijemput untuk menyampaikan kata-kata aluan.

Agenda pertama bagi sesi ini ialah pengenalan ringkas mengenai Kelab Al-Quran UBD, dan Ameer kelab memperkenalkan AJK-AJK kelab kepada ahli-ahli. Agenda yang ke-dua ialah aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk memperkenalkan diri masing-masing dan mengeratkan lagi ukhuwwah di kalangan AJK-AJK dan ahli-ahli melalui aktiviti-aktiviti yang telah disediakan. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah ikatan ukhuwwah, ‘music box’, dan ‘tongue twister’. Sebelum itu, juru acara memberikan penjelasan mengenai aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan. Ahli-ahli dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu muslimiin dan muslimaat. Setelah selesai membuat aktiviti-aktiviti, AJK-AJK berkongsi ibrah (pengajaran) yang dapat diambil daripada aktiviti-aktiviti tersebut.

Sesi diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah al-Asr sebagai doa penutup bagi sesi ini. Sebelum bersurai, ahli-ahli dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...