Wednesday 19 February 2014

Sesi 3: Pencetus Ummah



Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sesi kali ini bertemakan Pencetus Ummah sempena menyambut Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke-30. Sesi ini telah diadakan pada hari Rabu, 19hb Febuari 2014. Sesi dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah yang diketuai oleh Md Zainul Akhir dan diteruskan dengan kata alu-aluan.

Agenda pertama bagi sesi ini ialah pembelajaran tajwid yang dikendalikan oleh seorang tenaga pengajar yang bernama Md Shair Haji Shamsuddin. Beliau merupakan guru tarannum bagi Kelab Al-Quran UBD dan juga selaku Bendahari kelab. Pembelajaran kali ini menumpukan pada Hukum Bacaan Mad.

Sesi diteruskan lagi dengan agenda ke-2 iaitu huraian Surah Al-A’raaf ayat 96 yang berdasarkan tema iaitu ‘Pencetus Ummah’, tazkirah dan tadabbur ayat, dan sirah. Tazkirah dan tadabbur ayat disampaikan oleh Baihaqy Yussof. Beliau merupakan mahasiswa Ijazah Sarjana dalam Islam dan sains, dan juga seorang tenaga pengajar dari SOASCIS UBD bagi modul ‘Islamic Civilisation and the Modern World’. Beliau turut menyentuh tentang penyucian hati melalui Kitab Bidayatul Hidayah. Kemudian, sesi diteruskan dengan sirah yang disampaikan oleh ‘Izzatul Abidah Hj Mohamad Gani, Ameerah Kelab Al-Quran UBD. Beliau merupakan mahasiswi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang History dan pernah mengikuti pertandingan pidato, debat dan syarahan. Setelah itu sesi soal jawab dan perkongsian ilmu dibukakan.

Sesi diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah al-Asr sebagai doa penutup. Ahli-ahli dijemput untuk menikmati jamuan ringan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...