Wednesday 29 October 2014

Sesi Ke-9: The Art of Quran Recitation (Part III) - "Tarannum with us!"


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, sesi kelab Al-Qur'an yang ke 9 ini yang diadakan pada petang Rabu (29/10/2014) telah pun berjalan dengan lancar. 

Sesi kali ini dikendalikan oleh Mohd. Iqmar yang mana Surah Al-Fatihah (Pembukaan) dibaca beramai-ramai sebelum sesi dimulakan.






Setelah itu, sesi diteruskan dengan Kuliah Tarannum III: Soba, yang disampaikan oleh mahasiswa UBD dari fakulti School of Business and Economics, Mohd. Shair bin Haji Shamsuddin.






Kemudian, sesi dilanjutkan lagi dengan Tadarrus Al-Qur'an: Juz 15.






Sesi diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah al-Asr (Masa) sebagai doa penutup bagi sesi ini. Sebelum bersurai, ahli-ahli dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.



Terima kasih! Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :D

Wednesday 22 October 2014

Sesi Ke-8: Mari Betulkan Bacaan Kita.




Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, sesi Kelab Al-Qur'an pada kali ini telah pun berjalan dengan lancar. Ianya telah pun diadakan pada petang Rabu (22/10/2014). 

Sesi kali ini dikendalikan oleh Mohd.Shair yang mana Surah Al-Fatihah (Pembukaan) dibaca beramai-ramai sebelum sesi dimulakan. 





Setelah itu, sesi diteruskan dengan Kuliah Tajwid: Hukum Huruf Mad, yang mana penyampainya adalah Dayangku Nur Ain Pengiran Ali, mahasiswi UBD dari Faculty of Social and Sciences.






Kemudian, sesi disambung dengan Tadarus Al-Qur'an: Juz 14.









Sesi diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah al-Asr (Masa) sebagai doa penutup bagi sesi ini. Sebelum bersurai, ahli-ahli dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

Terima kasih! Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :D


Wednesday 15 October 2014

Sesi Ke-7: Ku Syukuri Nikmat-Mu.



Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, dengan berlangsungnya sesi ini, Allah beri peluang untuk sama-sama menghayati erti sebenar mensyukuri ni'mah itu. Sesi ini diadakan pada petang rabu (15/10/2014).

Sesi kali ini dikendalikan oleh Mohd S'Iskandar, yang mana Surah Al-Fatihah (Pembukaan) dibaca beramai-ramai bagi memulakan sesi. 

Kemudian, sesi ini diteruskan lagi dengan Renungan ayat Al-Qur'an: Surah Al-Kautsar (Sungai di syurga), ayat 1-3, yang mana tilawah surah Al-Kautsar diketuai oleh Ahmad Najib. Berikut adalah terjemahan bagi surah tadi:


"Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat)."
[108:1]

"Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)."
[108:2]

"Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)."
[108:3]



Seterusnya, tadabbur ayat diatas disampaikan oleh Mohd. Shair.







Setelah itu, sesi diteruskan lagi dengan Games. Ahli-ahli kelab Al-Qur'an dibahagikan kepada beberapa kumpulan (muslimin: 1 kumpulan & muslimat: 3 kumpulan). Setiap kumpulan diberi satu kertas dan setiap ahli kumpulan hendaklah mengisi kertas itu dengan menuliskan nikmat-nikmat yang Allah hadiahkan kepada mereka, seperti, nikmat udara, kehidupan, ujian dan sebagainya. Kumpulan yang paling banyak menuliskan list nikmat dikira sebagai pemenang.






Pemenang bagi game ni'mah: Kumpulan muslimin


Kemudian, video '360 nikmat' dimainkan untuk sama-sama refleksi diri.
*Link: https://www.youtube.com/watch?v=j8DsTOa09MM
Credit: https://www.youtube.com/user/moslemchannel






Seterusnya, Ibrah dari game tadi itu disampaikan oleh Mohd S'Iskandar.






Sesi dilangsungkan dengan Tadarus Al-Qur'an: Juz 13








Sesi diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah al-Asr (Masa) sebagai doa penutup bagi sesi ini. Sebelum bersurai, ahli-ahli dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

Dengan itu, saya akhiri artikel ini dengan ayat Al-Qur'an dari Surah An-Najm (Bintang), ayat 55, yang terjemahannya berbunyi:

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu (yang tidak terhingga itu) engkau ragu-ragukan (wahai manusia)?"
  

Wednesday 8 October 2014

Sesi Ke-6: The Art of Qur'an Recitation (Part II)


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, dengan izin Allah Subhanahu Wa Ta'ala, sesi tarannum bahagian II telah pun berjalan dengan lancar. Ianya diadakan pada hari Rabu 08/10/2014.

Sesi kali ini dikendalikan oleh Ahmad Najib bin Haji Adnan, yang mana ia mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah (Pembukaan) yang dibaca beramai-ramai bagi memulakan sesi.



Ahmad Najib bin Haji Adnan 



Sesi diteruskan dengan tilawah dan penghayatan Surah At-taubah (Pengampunan) ayat 41-42, yang terjemahannya seperti berikut:

"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta banda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik kamu, jika kamu mengetahui"
[9:41]

"Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu)."
[9:42]





Setelah itu, sesi dilanjutkan lagi dengan pembelajaran Tarannum bahagian II: Bayati. Ahli-ahli Kelab Al-Qur'an dibahagikan kepada dua kumpulan (kumpulan muslimin dan muslimat), yang mana setiap kumpulan ditempatkan dibilik yang berasingan. penyampai bagi kumpulan muslimin ialah mahasiswa UBD dari fakulti School of Business and Economics, Mohd. Shair bin Haji Shamsuddin dan penyampai bagi kumpulan muslimat ialah mahasiswi UBD dari Faculty of Science,  Yumni Haziqah binti Muhammad.  


Mohd. Shair dan ahli-ahli muslimin

Yumni Haziqah dan ahli-ahli muslimat



Selesai sahaja pembelajaran tarannum, sesi diteruskan dengan Tadarus Al-Qur'an: Juz 12.

Sesi diakhiri dengan bacaan selepas membaca Al-Qur'an, bacaan tasbih kifarah dan Surah al-'Asr (Masa) beramai-ramai sebagai doa penutup bagi sesi ini. Sebelum bersurai, ahli-ahli dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

Terima kasih! Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :D

Wednesday 1 October 2014

Sesi Ke-5: Another Step To Tajwid..




Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, sesi kelab Al-Qur'an pada kali ini ialah Another Step To Tajwid yang telah diadakan pada hari rabu, 01/10/2014.


Sesi kali ini dikendalikan oleh Muhammad Iqmar Yazdi bin Osli, yang mana sesi dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah (Pembukaan) beramai-ramai



Muhammad  Iqmar Yazdi bin Osli



Setelah itu, sesi diteruskan dengan tilawah Surah Al-Maidah (Hidangan), ayat 15-16 yang terjemahannya adalah seperti berikut:

"Wahai ahli kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad, SAW) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang  jelas nyata keterangannya.
[5:15]

"Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.
[5:16]






Kemudian sesi diteruskan lagi dengan Kuliah Tajwid: Nun mati & Tanwin dan Mim mati yang dikendalikan oleh Dayangku Nur Ain Pengiran Ali.







Setelah itu, sesi disambung dengan Tadarrus Juz 11; ahli-ahli muslimin membaca 10 muka surat awal dan ahli-ahli muslimat membaca 10 muka surat akhir. Tetapi sebelum memulakan tadarrus, ahli-ahli membaca Doa Sebelum membaca Al-Qur'an beramai-ramai dan mengakhiri tadarrus dengan Doa Selepas membaca Al-Qur'an. 











Sesi diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah Al-'Asr (Masa) dan jamuan yang telah disediakan. 

Terima Kasih, moga bermanfaat! :D Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...