Tuesday 11 August 2015

PMUBD Showcase

Bismillahirrahmanirraheem,
(In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

First and foremost, All praises is due to Allah alone, the Lord of the world and only by Allah, its possible to write this blog post article.

To keep antunna(everyone) updated:
Currently happening in UBD is the PMUBD Showcase which had started on Monday 10th August 2015 and will be ending soon on Wednesday 13th August 2015.

If you haven't already registered for Kelab Al-Quran, please do. You wont regret it insyaAllah. (You are definitely invited to come and make the booth more lively :D

Our booth will be open from 10AM to 4:30PM so come on by :)
Not only this, Our team will be happy to explain to you if you have further questions about the club. All are welcome :D

We even have attractive prizes in which the content is a secret (hehe)
and you can earn it by .....
playing our game of "Mystery Quicksand" which is a game where you have to dig in to the mixture in 10 seconds to find the prizes.

Here are some pictures from the event :






To keep this short and simple,
We look forward to your special presence :)
Alhamdulillah, again all praises is due to Allah the Almighty,
May you all be blessed with baraqah,
& Lets strive to be better each and everyday together as one Ummah.
Allahumma amiin.

Jazakumullahu khairan katheera (May Allah be pleased with you all)

Wednesday 4 March 2015

Sesi Ke-6: My Journey To A Perfect Life.


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Dengan izin Allah, sesi ke enam kelab Al-Quran yang diadakan pada hari Rabu (04/03/2015) telah pun berjalan dengan lancar. Sesi pada kali ini bertemakan "My Journey To A Perfect Life".

Yang bertanggungjawab bagi mengendalikan sesi ini adalah Ak. Mohammad Faris bin Pg. Sarudin, mahasiswa UBD dari School of Business and Economics. Bagi memulakan sesi, bacaan Surah Al-Fatihah (Pembukaan) beramai-ramai yang diketuai oleh beliau.






Sesi diteruskan dengan Tilawah dan penghayatanSurah Al-Maaidah (Hidanganayat 65 - 70 yang diketuai oleh Ak. Ahmad Abdul Mustaqim bin Pg. Hj. Samsudin, mahasiswa UBD dari Faculty of science. Berikut adalah terjemaahan bagi ayat tersebut;

"Dan sekiranya ahli kitab itu beriman dan bertakwa, niscaya Kami Hapus kesalahan-kesalahan mereka dan mereka tentu Kami Masukkan ke dalam surga-surga yang penuh kenikmatan."
[5:65]

"Dan sekiranya mereka sungguh-sungguh menjalankan (hukum) Taurat, Injil dan (al-Quran) yang diturunkan kepada mereka dari Tuhan-nya, niscaya mereka akan mendapat makanan dari atas mereka dan dari bawah kaki mereka. Di antara mereka ada sekelompok yang jujur dan taat. Dan banyak di antara mereka sangat buruk apa yang mereka kerjakan."
[5:66]

"Wahai Rasul! Sampaikanlah apa yang Diturunkan Tuhan-mu kepada-mu. Jika tidak engkau lakukan (apa yang diperintahkan itu) berarti engkau tidak menyampaikan amanat-Nya. Dan Allah Memelihara engkau dari (gangguan) manusia. Sungguh, Allah tidak Memberi petunjuk kepada orang-orang kafir."
[5:67]

"Katakanlah (Muhammad), "Wahai ahli kitab! Kamu tidak dipandang beragama sedikit pun hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat, Injil dan (al-Quran) yang Diturunkan Tuhan-mu kepadamu." Dan apa yang Diturunkan Tuhan-mu kepadamu pasti akan membuat banyak di antara mereka lebih durhaka dan lebih ingkar, maka janganlah engkau berputus asa terhadap orang-orang kafir itu."
[5:68]

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang Yahudi, Shabi-in dan orang-orang Nasrani, barangsiapa beriman kepada Allah, kepada hari kemudian dan berbuat kebajikan, maka tidak ada rasa khawatir padanya dan mereka tidak bersedih hati."
[5:69]

"Sesungguhnya Kami telah Mengambil perjanjian dari Bani Israil, dan telah Kami Utus kepada mereka rasul-rasul. Tetapi setiap rasul datang kepada mereka dengan membawa apa yang tidak sesuai dengan keinginan mereka, (maka) sebagian (dari rasul itu) mereka dustakan dan sebagian yang lain mereka bunuh."
[5:70]






Kemudian, video tazkirah - Living By Allah's Book by Ustaz Nouman Ali Khan: https://www.youtube.com/watch?v=vdZbShlqtWM dimainkan bagi peringatan untuk kita bahawa hidup untuk akhirah itu lebih bermanfaat bagi kita yang ganjarannya bukan hanya untuk di akhirah, tetapi Allah akan bagi kesenangan di dunia juga, Insya Allah.

**Credit - https://www.youtube.com/user/QuranWeekly

Seterusnya, sesi diteruskan dengan pembelajaran bahasa Arab yang tertumpu kepada bacaan-bacaan ketika solat dan seterusnya dilanjutkan lagi dengan pembelajaran tajwid: Mim mati. Kedua-dua sesi pembelajaran ini diikendalikan oleh Mohd. Aziz Zulazmi bin Samsudin, mahasiswa UBD dari Faculty of science.










Kemudian, sesi diteruskan lagi dengan aktiviti tajwid yang mana ahli-ahli diminta untuk mencari pasangan (muslimin dan muslimat diasingkan) dan mengenalpasti hukum-hukum 'Mim mati' yang terdapat di dalam Surah Al-'Alaq (Segumpal Darah), tiga kumpulan yang dapat mengenalpasti hukum-hukum tersebut dengan tepat dikira sebagai pemenangan dan edisi terbaru majalah JOM diberikan kepada mereka sebagai hadiah.

Sesi diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah Al-'Asr (Masa) sebagai penutup sesi. Sebelum bersurai, ahli-ahli dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan sambil tayangan video 'Mengejar bayangan' (link: https://www.youtube.com/watch?v=-7HpNzawOXU ) dan 'Menuju Cahaya' (linkhttps://www.youtube.com/watch?v=KnNSg0X3gYs) dimainkan sebagai peringatan kepada kita, Insya Allah.


**Credit - https://www.youtube.com/channel/UCX-4mrOc5r691SzDhHtkOgw

Sekian, terima kasih! Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :D

Wednesday 11 February 2015

Sesi Ke-5: Once Upon A Time With Qur'an.



Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, dengan izin Allah, sesi ke lima bagi Kelab Al-Qur'an yang bertemakan Once Upon A Time With Qur'an telah pun berjalan dengan lancar. Ianya telah diadakan pada hari rabu (11/02/2015).

Sesi kali ini dikendalikan oleh Ahmad Najib bin Haji Adnan, mahasiswa UBD dari Faculty of Science. Beliau mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah (Pembukaan) bagi memulakan sesi.






Sesi diteruskan dengan Tilawah dan penghayatanSurah Thaha ayat 1 - 5 yang diketuai oleh Ak. Mohammad Faris bin Pg. Sarudin, mahasiswa UBD dari School of Business and Economics. Terjemahan bagi ayat tersebut adalah seperti berikut:

"Tha Ha."
[20:1]

"Kami tidak Menurunkan Al-Quran ini kepadamu (Muhammad) agar engkau menjadi susah;
[20:2]

"melainkan sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),"
[20:3]

"diturunkan dari (Allah) yang Menciptakan bumi dan langit yang tinggi,"
[20:4]

"(yaitu) Yang Maha Pengasih, yang Bersemayam di atas Arasy,"
[20:5]

Setelah itu, sesi diteruskan lagi dengan Tadarrus beramai-ramai Surah Al-Mulk (Kerajaan) ayat 1 - 12.






Kemudian, sesi diteruskan dengan Kuliah Tajwid: Hukum Mad yang dikendalikan oleh Mohd. Aziz Zulazmi bin Samsudin, mahasiswa UBD dari Faculty of Science.







Seterusnya, sesi teruskan lagi dengan mentasmi' ahli-ahli yang mana surah yang digunakan adalah Surah Al-Mulk tadi. Ini adalah supaya ahli-ahli dan AJK sendiri dapat memperbetulkan tajwid serta bacaan semasa tadarrus tadi.





Setelah itu, bagi aktiviti sesi kali ini, setelah ahli-ahli dibahagikan kepada kumpulan yang berasingan, mereka diberikan masa 5 minit untuk menghafal Surah Al-Mulk ayat 1 - 12. Kemudian potongan-potongan ayat tersebut diberikan kepada setiap kumpulan dan masa 5 minit diberikan untuk mereka menyusun ayat-ayat tersebut.








Kemudian, video tazkirah - The Qur'an is enough for us by Ustaz Nouman Ali Khanhttps://www.youtube.com/watch?v=rzJN4QPhsbg dimainkan sebagai peringatan kepada yang hadir bahawa betapa petingnya Al-Qur'an itu kepada kita.





Sesi diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah Al-'Asr (Masa). Sebagai penutup doa bagi sesi ini. Sebelum bersurai, ahli-ahli dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan. 

Terima Kasih, semoga bermanfaat. Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarkatuh! :D

Wednesday 4 February 2015

Sesi Ke-4: Reflection On Your Correction.



Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah Wa Astaghafirullah, dengan izin Allah SWT, sesi kali keempat yang bertemakan “Reflection For Your Correction” telah pun diadakan pada rabu (04/02/2015) yang lalu.

Sesi ini dikendalikan oleh Mohd. Aziz Zulazmi bin Samsudin. Bagi memulakan sesi, Surah Al-Fatihah (Pembukaan) dibaca beramai-ramai yang diketuai oleh beliau dan seterusnya, tilawah Surah Al-Baqaarah (Lembu Betina) ayat 1-5. Terjemahannya adalah seperti berikut:

"Alif Lam Mim"
[2:1]

"Kitab (al-Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa"
[2:2]

"(yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka,"
[2:3]

"dan mereka yang beriman kepada (al-Qur'an) yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan (kitab-kitab) yang telah diturunkan sebelum engkau, dan mereka yakin akan adanya akhirat"
[2:4]

"merekalah yang mendapat petunjuk dari tuhan-nya, dan mereka itulah oran-orang yang beruntung"
[2:5]






Kemudian, Mohd. Aziz menjemput tetamu undangan, Ustaz Haji Khairul Nazif bin Haji Awang Damit, Lecturer UBD sendiri. Latar belakang akademik beliau adalah seperti berikut;

  • Unissa & University of Jordan: Bachelor of Usuluddin (Tafsir & Hadiths)
  • University of Melbourne, Australia: Master of Islamic studies
  • Universiti Brunei Darussalam, Brunei: PHD Candidate in Islamic Civilisation & Contemporary Issues







Kuliah Highlights:
  • Ustaz Nazif juga menekankan bahawa pentingnya Tadabur Al-Qur'an selain menekankan kepentingan amalan membaca Al-Qur'an itu sendiri.  
  • Bagi orang yang membaca Al-Qur'an tetapi tidak menyertakan Tadabur, analogynya adalah seperti seorang pesakit yang diberi ubat oleh doktor, tetapi pesakit itu hanya membaca preskripsi ubat itu tanpa memakannya.
  • 1st step (langkah pertama) dalam mentadabur Al-Qur'an: ilmu.
  • Tips bagi cara yang betul untuk Tadabur Al-Qur'an:
  1. Disaat kita kan Tadabur Al-Qur'an, bisikkan dalam hati - "Apa yang akan saya baca ini adalah Kalam Allah"
  2. Apa yang tertulis di dalam Al-Qur'an ini adalah betul-betul belaka, yakinlah kerana semuanya dari Allah.
  3. Terasalah bahawa apa yang kita baca itu adalah seolah-olah untuk kita.
  • Cara untuk khusyu' dalam solat:
  1. Hayati makna bacaan dalam solat kita.
  2. Ingatlah kita ini hanyalah hamba yang lemah yang sentiasa memerlukan pertolongan Yang Maha Penyayang.
  3. Bayangkanlah betapa banyaknya dosa-dosa yang kita telah lakukan.
  4. Bayangkanlah betapa banyaknya kita menyusahkan ibu bapa kita, dosa-dosa kita kepada mereka, Astaghafirullah.











Dipenghujung kuliah, Mohd. Aziz menyampaikan penghargaan kepada Ustaz Nazif sebagai tanda terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk mengongsikan 'ilmu yang bermanfaat, Insya Allah.

Sesi diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah Al-'Asr (Masa) sebagai penutup doa bagi sesi ini. Sebelum bersurai, ahli-ahli dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

Terima Kasih! Semoga bermanfaat. Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :D 

Wednesday 28 January 2015

Sesi ke-3: Back To Square One.



Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah wa Syukurillah. Sesi ke-3 bagi kelab Al-Qur'an yang bertemakan "Back To Square One" telah pun diadakan pada rabu (28/01/2015). Sesi ini memfokuskan kepada pembelajaran Tajwid.

Sesi pembelajaran ini dikendalikan oleh Ak. Ahmad Abdul Mustaqim bin Pg. Hj. Samsudin, mahasiswa UBD dari Faculty of Science. Beliau juga mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah (Pembukaan) yang dibaca beramai-ramai bagi memulakan sesi.

Sesi diteruskan dengan tilawah dan tadarrus beramai-ramai Surah Al-'Alaq (Segumpal Darah) ayat 1-19.






Seterusnya, sesi diteruskan dengan Kuliah Tajwid: Makhrajal Huruf, dengan menggunakan Surah Al-'Alaq sebagai reference yang disampaikan oleh Mohd. Aziz Zulazmi bin Samsudin, Ameer (ketua) kelab Al-Qur'an.







Kemudian, sesi diteruskan dengan mentasmi' bacaan ahli-ahli yang mana Surah yang digunakan adalah Surah Al-'Alaq ayat 1-19 tadi, ini adalah supaya ahli-ahli dan AJK sendiri dapat memperbetulkan tajwid dan bacaan semasa tadarrus tadi.







Seterusnya, sesi diteruskan lagi dengan kuiz tajwid dan ahli yang dapat menjawab kuiz dengan betul diberikan hadiah.

Sesi diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah Al-'Asr (Masa) sebagai penutup doa bagi sesi ini. Sebelum bersurai, ahli-ahli dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

Terima kasih! Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :D

Wednesday 21 January 2015

Sesi ke-2: What Is Qur'an To You?




Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah wa Astaghafirullah, sesi Kelab Al-Qur'an yang bertemakan "What Is Qur'an To You?" telah pun diadakan pada hari rabu (21/01/2015).

Sesi ini dikendalikan oleh Ameer (ketua) bagi Kelab Al-Qur'an yang baru sahaja dilantik, Mohd. Aziz Zulazmi bin Samsudin, mahasiswa UBD dari Faculty Of Science. Beliau juga mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah (Pembukaan) yang dibaca beramai-ramai bagi memulakan sesi.


Mohd. Aziz zulazmi (Ameer KA)


Setelah itu, sesi diteruskan dengan Tilawah Al-Qur’an; Surah Al-Kahf (Gua) yang diketuai oleh Ak. Mohammad Faris bin Pg. Sarudin, mahasiswa UBD dari School of Business and Economics.






Kemudian, sesi diteruskan dengan kuliah santai yang disampaikan oleh Ustaz Marwan bin Zainal. Latar belakang akademik beliau adalah seperti berikut: 
- BA Education in Social Science, 
- MA History (thesis research in National Philosophies MIB), 
- PHD in Islamic Civilization (thesis research in The Development of Sharia Law in Brunei Darussalam).








Diantara perkara-perkara yang dibincangkan dalam kuliah beliau;


"what iQur’an to us?"

•        Allah menunjukkan kasih sayangNya kepada kita, hamba-hambaNya 

Rasulullah SAW bersabda:

"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-qur'an) dan sunnah rasul-Nya". (riwayat Malik)

Al-Qur'an itu adalah 'Manual of Life’.

Dalam Surah Al-Baqarah (Lembu Betina), ayat 2, yang terjemahannya berbunyi:

“Kitab (Al-Qur’an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa”
[2:2]

Ini menunjukkan bahawa Allah memang sudah jamin bahawa Al-Qur’an itu memang betul.

Sebagai satu analogy, Al-Qur’an itu bagaikan GPS System for the world of unknown kerana tanpanya, manusia akan tersesat

Tetapi, sayangnya, ada segelinitir masyarakat seolah-olah menganggap Al-Qur'an itu sebagai 'material' yang hanya menjadi sebuah perhiasan dalam almari buku. Ataupun hanya sebagai salah satu benda untuk hantaran perkahwinan.

#Food for thought: Kenapa Allah bagi kita semua nikmat ni jikalau ianya tidak melambangkan Kasih SayangNya kepada kita?

•        Al-Qur'an sebagai Asy-Syifa (penawar)

Manusia ni memang simple tetapi complicated. Kita ada tubuh badan, kalau luka, dapat cari ubat, tapi kalau hati yang luka/sakit, Al-Qur'an lah penawarnya.
Kerana dengan hanya mengingat Allah, hati kita akan tenang.

Dalam Surah Ar-Ra'd (Guruh), ayat 28, yang terjemahannya berbunyi:

"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram"
[13:28]

Jika ingin memahami Al-Qur'an, lebih baik jika memahaminya dengan menggunakan hati. Ini adalah kerana pemahaman melalui hati selalunya menyedarkan dan menginsafkan, Insya Allah.



Surah Yunus, Ayat 1 : "Alif, Lam, Ra. These are the verses of the wise Book ."

An example that Qur'an helps us for not be burdened of what is happening to us. Surah at-Taubah, Ayat 9: " Go forth, whether light or heavy, and strive with your wealth and your lives in the cause of Allah . That is better for you, if you only knew."

Ustaz Marwan asked how much do we know the Qur'an. Is Qur'an just a decoration in our shelves? Nauzubillah! Surah Al Baqarah, Ayat 8 " And of the people are some who say, "We believe in Allah and the Last Day," but they are not believers."
We learn Qur'an by heart. An example of how we are lost at heart. Surah Al Haj, Ayat 46 : " So have they not traveled through the earth and have hearts by which to reason and ears by which to hear? For indeed, it is not eyes that are blinded, but blinded are the hearts which are within the breasts."

Ustaz mentioned that why some people who learned Qur'an cannot really understand the Qur'an? Or why do some people cannot accept the truth in the Qur'an? It is because their hearts are sealed. Surah Al Baqarah, Ayat 7 :" Allah has set a seal upon their hearts and upon their hearing, and over their vision is a veil. And for them is a great punishment."


And in the end, Qur'an is the healer to all human beings. Surah Yunus, Ayat 57:  "O mankind, there has to come to you instruction from your Lord and healing for what is in the breasts and guidance and mercy for the believers."


#Food for thoughtBatu yang keras, jika dititikkan air atasnya lama-lama akan pecah juga. Apatah lagi hati yang lembut?


Game Time! 
Chinese Whisper

Setelah ahli-ahli muslimin dan muslimat diasingkan kepada beberapa kumpulan, salah seorang ahli diminta untuk menghafal teks pendek yang berbunyi;

"Al-Qur'an is my life. Honor it, learn it, teach it, love it, read it and memorise it as much as you can of it"






Kemudian, sesi diteruskan dengan kuiz berkaitan dengan kuliah tadi.

Sesi ditutup dengan upacara penghargaan kepada penyampai, penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz dan seterusnya ditutup dengan bacaan Surah Al-‘Asr. 





ahli-ahli KA dan AJK


Terima Kasih.. Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh! :D 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...