Friday 27 September 2013

Hukum Mim Sukun (مْ)

بسم الله الرحمن الرحيم

Apabila huruf mim sukun (مْ) bertemu dengan huruf hijaiyah, maka ia mempunyai tiga hukum bacaan:
  1. Al-Ikhfa’ (الإخفاء)
  2. Al-Idgham (الإدغام)
  3. Al-Izhar (الإظهار)

Al-Ikhfa’ (الإحفاء)
  • Pengertian: Ikhfa’ kebibiran kerana perimbangan dengan makhraj huruf mim yang keluar daripada dua bibir.
  • Nama lain: Ikhfa’ syafawi (إخفاء شفوىّ)
  • Cara bacaan: Serupa dengan bacaan Iqlab nun sukun dan tanwin bertemu dengan huruf ba’, tidak boleh merapatkan dua bibir tetapi hendaklah direnggangkan sedikit.
  • Huruf: (1) - ب
  • Contoh:

Al-Idgham (الإدغام)
  • Pengertian: Idgham dua jenis huruf yang sama, kerana kedua-dua huruf mim yang bertemu adalah serupa pada makhraj dan sifat, dan huruf pertama bertanda sukun dan huruf berikutnya berbaris.
  • Nama lain: Idgham mislaini saghir (إدغام مثلين صغير)
  • Cara bacaan: Wajib mengidghamkan huruf mim sukun (pertama) ke dalam huruf mim yang berbaris (kedua) serta dengung sempurna (2 harakat).
  • Huruf: (1) - م
  • Contoh:
     


Al-Izhar (الإظهار)
  • Pengertian dari segi istilah Ilmu Tajwid: Izhar kebibiran, kerana perimbangan dengan makhraj huruf mim yang keluar daripada dua bibir.
  • Nama lain: Izhar syafawi (إظهار شفوىّ)
  • Cara bacaan: Wajib menyatakan sebutan huruf mim sukun daripada makhrajnya serta tanpa dengung.
  • Huruf: (26) Selain daripada huruf ب dan م
  • Dua bahagian:
  1. Berlaku dalam dua kalimah sahaja(8) - ج, خ, ذ, ص, ظ, غ, ف, ق 
  2. Berlaku dalam satu dan dua kalimah (18) - ء, ت, ث, ج, ح, خ, د, ذ, ر, ز, س, ش, ص, ض, ط, ظ, ع, غ, ف, ق, ك, ل, ن, و, ه, ي 
  • Contoh Izhar berlaku dalam dua kalimah sahaja:
  • Contoh Izhar berlaku dalam satu dan dua kalimah: 

 Rumusan:

Wednesday 25 September 2013

Sesi Ke-6: Prove Your Imaan


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, sesi ke-6 Kelab Al-Quran UBD telah berlangsung dengan lancar. Sesi tersebut diadakan pada 25hb September 2013. Sesi ini dinamakan ‘Prove Your Imaan’.

Sesi dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Tuan Pengerusi. Kemudian Tuan Pengerusi memberikan kata alu-aluan. Setelah itu acara bertadarus diadakan secara berasingan bagi pihak muslimin dan muslimat. Setiap ahli membaca beberapa ayat dari Surah Al-Ankabut, dan ahli-ahli yang lain memperdengarkan serta membetulkan sebarang kesalahan dari segi bacaan dan tajwid. Kemudian, acara tadabbur diadakan bagi terjemahan ayat 1-6 dari Surah Al-Ankabut. Setelah itu, ahli-ahli menyaksikan sebuah klip video yang bertajuk ‘The meaning of life’.

Setelah menyaksikan tayangan video, ahli-ahli kelab dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu muslimiin dan muslimaat untuk membuat aktiviti yang disediakan oleh ahli jawatan kuasa kelab. Aktiviti tersebut diadakan di luar kelas FASS G.37 bagi muslimiin, manakala muslimaat membuat aktiviti di dalam kelas FASS G.37. Setiap kumpulan diberikan penerangan mengenai cara permainan aktiviti oleh salah seorang ahli jawatan kuasa kelab. Sesi perkongsian ilmu diadakan selepas membuat aktiviti mengenai pengajaran yang dapat diambil daripada aktiviti tersebut.

Sebelum sesi ke-6 ini berakhir, sebuah tazkirah pendek disampaikan oleh Ak Abdul Hadi. Tazkirah tersebut berkaitan dengan ayat 1-6, Surah Al-Ankabut. Kemudian, ahli-ahli kelab membuat perkongsian ilmu. Sesi diakhiri dengan bacaan Surah Al-‘Asr secara beramai-ramai.














Wednesday 18 September 2013

Hukum Nun Sukun (نْ) & Tanwin (ً-ٍ-ٌ-)

بسم الله الرحمن الرحيم

Apabila huruf nun sukun atau tanwin bertemu dengan huruf hijaiyah dalam al-Quran, maka ia mempunyai empat hukum bacaan:
  1. Al-Izhar (الإظهار)
  2. Al-Idgham (الإدغام)
  3. Al-Ikhfa’ (الإحفاء)
  4. Al-Iqlab (الإقلاب)

Al-Izhar (الإظهار)
  • Pengertian dari segi bahasa: Menyatakan sesuatu.
  • Pengertian dari segi istilah Ilmu Tajwid: Melafazkan nun bertanda sukun atau tanwin dari makhrajnya dengan jelas tanpa dengung apabila berjumpa dengan huruf-huruf Izhar.
  • Nama lain: Izhar Halqi (إظهار حلقىّ)
  • Huruf: (6) - ء, ه, ع, ح, غ, خ
  • Contoh:


Al-Idgham (الإدغام)
  • Pengertian dari segi bahasa: Memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu.
  • Pengertian dari segi istilah Ilmu Tajwid: Memasukkan nun yang bertanda sukun atau tanwin ke dalam huruf kedua yang berbaris dan menjadi seperti satu huruf yang bersabdu dari jenis huruf yang kedua dengan dengung apabila bertemu dengan huruf-huruf Idgham.
  • Huruf: (6) - ي, ن, م, و, ر, ل
  • Dua bahagian:
  1. Idgham Ma’al Ghunnah (إدغام مع الغنّة)
  2. Idgham Bila Ghunnah (إدغام بلا غنّة)
  • Contoh:


 Idgham Ma’al Ghunnah (إدغام مع الغنّة)
  • Pengertian dari segi bahasa: Memasukkan serta dengung.
  • Nama lain: Idgham Naqis (إدغام ناقص)
  • Cara bacaan: Memasukkan huruf secara tidak sempurna kerana makhraj nun sukun dan tanwin telah dihilangkan tetapi sifat dengungnya masih dikekalkan dengan sempurna dua harakat dalam huruf Idgham Naqis.
  • Huruf: (4) - ي, ن, م, و

Idgham Bila Ghunnah (إدغام بلا غنّة)
  • Pengertian dari segi bahasa: Memasukkan tanpa dengung.
  • Nama lain: Idgham Kamil (إدغام كامل)
  • Cara bacaan: Memasukkan huruf secara sempurna kerana keseluruhan sifat dengung dan makhraj nun sukun dan tanwin telah dihilangkan dalam huruf Idgham Kamil.
  • Huruf: (2) - ر, ل 

Al-Ikhfa’ (الإخفاء)
  • Pengertian dari segi bahasa: Tersembunyi.
  • Pengertian dari segi istilah Ilmu Tajwid: Membaca nun sukun atau tanwin dengan sifat bacaan antara Izhar dan Idgham tanpa sabdu serta mengekalkan sifat dengung huruf pertama () apabila bertemu dengan huruf-huruf Ikhfa’.
  • Nama lain: Ikhfa’ Haqiqi (إخفاء حقيقىّ)
  • Huruf: (15) - ص, ذ, ث, ك, ج, ش, ق, س, د, ط, ز, ف, ت, ض, ظ
  • Contoh:


Al-Iqlab (الإقلاب)
  • Pengertian dari segi bahasa: Menukarkan sesuatu kepada sesuatu.
  • Pengertian dari segi istilah Ilmu Tajwid: Menukarkan lafaz nun sukun atau tanwin kepada lafaz mim lalu diikhfa’kan (disembunyikan) di sisi huruf ba’ serta mengekalkan sifat dengungnya.
  • Huruf: (1) - ب
  • Contoh:



Rumusan:

Sesi Ke-5: Mission Possible


 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sesi kali ini dinamakan sesi 'Mission Possible'. Pada sesi ini diadakan tadarus secara berkelompok, tadabbur ayat, aktiviti ikatan ukhuwwah, tazkirah pendek dan perkongsian ilmu.

Sesi dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Tuan Pengerusi dan kata alu-aluan oleh Tuan Pengerusi. Sesi diteruskan dengan tadarus secara berkelompok, kumpulan muslimiin dan kumpulan muslimaat. Setiap ahli membaca beberapa ayat dari Surah Al-Baqarah, dan ahli-ahli yang lain memperdengarkan serta membetulkan sebarang kesalahan dari segi bacaan dan tajwid. Kemudian, AJK kelab memilih ayat 286 dari Surah Al-Baqarah sebagai ayat untuk tadabbur.

Setelah itu, sesi diteruskan lagi dengan aktiviti ikatan ukhuwwah. Aktiviti ini diadakan di luar kelas FASS G.37 bagi muslimiin dan di dalam kelas FASS G.37 bagi muslimaat. Setiap kumpulan diberikan penerangan mengenai cara permainan aktiviti oleh salah seorang AJK kelab. Setelah aktiviti selesai, sesi perkongsian ilmu diadakan mengenai pengajaran yang dapat diambil dari aktiviti tersebut.

Kemudian, tazkirah pendek mengenai ayat 286 dari Surah Al-Baqarah disampaikan oleh Ahmad Najib. Bagi memanfaatkan masa yang terluang, ahli-ahli kelab berkongsi ilmu. Acara diakhiri dengan bacaan Surah Al-'Asr.
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...