Wednesday 25 September 2013

Sesi Ke-6: Prove Your Imaan


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, sesi ke-6 Kelab Al-Quran UBD telah berlangsung dengan lancar. Sesi tersebut diadakan pada 25hb September 2013. Sesi ini dinamakan ‘Prove Your Imaan’.

Sesi dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Tuan Pengerusi. Kemudian Tuan Pengerusi memberikan kata alu-aluan. Setelah itu acara bertadarus diadakan secara berasingan bagi pihak muslimin dan muslimat. Setiap ahli membaca beberapa ayat dari Surah Al-Ankabut, dan ahli-ahli yang lain memperdengarkan serta membetulkan sebarang kesalahan dari segi bacaan dan tajwid. Kemudian, acara tadabbur diadakan bagi terjemahan ayat 1-6 dari Surah Al-Ankabut. Setelah itu, ahli-ahli menyaksikan sebuah klip video yang bertajuk ‘The meaning of life’.

Setelah menyaksikan tayangan video, ahli-ahli kelab dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu muslimiin dan muslimaat untuk membuat aktiviti yang disediakan oleh ahli jawatan kuasa kelab. Aktiviti tersebut diadakan di luar kelas FASS G.37 bagi muslimiin, manakala muslimaat membuat aktiviti di dalam kelas FASS G.37. Setiap kumpulan diberikan penerangan mengenai cara permainan aktiviti oleh salah seorang ahli jawatan kuasa kelab. Sesi perkongsian ilmu diadakan selepas membuat aktiviti mengenai pengajaran yang dapat diambil daripada aktiviti tersebut.

Sebelum sesi ke-6 ini berakhir, sebuah tazkirah pendek disampaikan oleh Ak Abdul Hadi. Tazkirah tersebut berkaitan dengan ayat 1-6, Surah Al-Ankabut. Kemudian, ahli-ahli kelab membuat perkongsian ilmu. Sesi diakhiri dengan bacaan Surah Al-‘Asr secara beramai-ramai.














No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...