Wednesday 18 September 2013

Sesi Ke-5: Mission Possible


 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sesi kali ini dinamakan sesi 'Mission Possible'. Pada sesi ini diadakan tadarus secara berkelompok, tadabbur ayat, aktiviti ikatan ukhuwwah, tazkirah pendek dan perkongsian ilmu.

Sesi dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Tuan Pengerusi dan kata alu-aluan oleh Tuan Pengerusi. Sesi diteruskan dengan tadarus secara berkelompok, kumpulan muslimiin dan kumpulan muslimaat. Setiap ahli membaca beberapa ayat dari Surah Al-Baqarah, dan ahli-ahli yang lain memperdengarkan serta membetulkan sebarang kesalahan dari segi bacaan dan tajwid. Kemudian, AJK kelab memilih ayat 286 dari Surah Al-Baqarah sebagai ayat untuk tadabbur.

Setelah itu, sesi diteruskan lagi dengan aktiviti ikatan ukhuwwah. Aktiviti ini diadakan di luar kelas FASS G.37 bagi muslimiin dan di dalam kelas FASS G.37 bagi muslimaat. Setiap kumpulan diberikan penerangan mengenai cara permainan aktiviti oleh salah seorang AJK kelab. Setelah aktiviti selesai, sesi perkongsian ilmu diadakan mengenai pengajaran yang dapat diambil dari aktiviti tersebut.

Kemudian, tazkirah pendek mengenai ayat 286 dari Surah Al-Baqarah disampaikan oleh Ahmad Najib. Bagi memanfaatkan masa yang terluang, ahli-ahli kelab berkongsi ilmu. Acara diakhiri dengan bacaan Surah Al-'Asr.
















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...