Wednesday 18 September 2013

Hukum Nun Sukun (نْ) & Tanwin (ً-ٍ-ٌ-)

بسم الله الرحمن الرحيم

Apabila huruf nun sukun atau tanwin bertemu dengan huruf hijaiyah dalam al-Quran, maka ia mempunyai empat hukum bacaan:
  1. Al-Izhar (الإظهار)
  2. Al-Idgham (الإدغام)
  3. Al-Ikhfa’ (الإحفاء)
  4. Al-Iqlab (الإقلاب)

Al-Izhar (الإظهار)
  • Pengertian dari segi bahasa: Menyatakan sesuatu.
  • Pengertian dari segi istilah Ilmu Tajwid: Melafazkan nun bertanda sukun atau tanwin dari makhrajnya dengan jelas tanpa dengung apabila berjumpa dengan huruf-huruf Izhar.
  • Nama lain: Izhar Halqi (إظهار حلقىّ)
  • Huruf: (6) - ء, ه, ع, ح, غ, خ
  • Contoh:


Al-Idgham (الإدغام)
  • Pengertian dari segi bahasa: Memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu.
  • Pengertian dari segi istilah Ilmu Tajwid: Memasukkan nun yang bertanda sukun atau tanwin ke dalam huruf kedua yang berbaris dan menjadi seperti satu huruf yang bersabdu dari jenis huruf yang kedua dengan dengung apabila bertemu dengan huruf-huruf Idgham.
  • Huruf: (6) - ي, ن, م, و, ر, ل
  • Dua bahagian:
  1. Idgham Ma’al Ghunnah (إدغام مع الغنّة)
  2. Idgham Bila Ghunnah (إدغام بلا غنّة)
  • Contoh:


 Idgham Ma’al Ghunnah (إدغام مع الغنّة)
  • Pengertian dari segi bahasa: Memasukkan serta dengung.
  • Nama lain: Idgham Naqis (إدغام ناقص)
  • Cara bacaan: Memasukkan huruf secara tidak sempurna kerana makhraj nun sukun dan tanwin telah dihilangkan tetapi sifat dengungnya masih dikekalkan dengan sempurna dua harakat dalam huruf Idgham Naqis.
  • Huruf: (4) - ي, ن, م, و

Idgham Bila Ghunnah (إدغام بلا غنّة)
  • Pengertian dari segi bahasa: Memasukkan tanpa dengung.
  • Nama lain: Idgham Kamil (إدغام كامل)
  • Cara bacaan: Memasukkan huruf secara sempurna kerana keseluruhan sifat dengung dan makhraj nun sukun dan tanwin telah dihilangkan dalam huruf Idgham Kamil.
  • Huruf: (2) - ر, ل 

Al-Ikhfa’ (الإخفاء)
  • Pengertian dari segi bahasa: Tersembunyi.
  • Pengertian dari segi istilah Ilmu Tajwid: Membaca nun sukun atau tanwin dengan sifat bacaan antara Izhar dan Idgham tanpa sabdu serta mengekalkan sifat dengung huruf pertama () apabila bertemu dengan huruf-huruf Ikhfa’.
  • Nama lain: Ikhfa’ Haqiqi (إخفاء حقيقىّ)
  • Huruf: (15) - ص, ذ, ث, ك, ج, ش, ق, س, د, ط, ز, ف, ت, ض, ظ
  • Contoh:


Al-Iqlab (الإقلاب)
  • Pengertian dari segi bahasa: Menukarkan sesuatu kepada sesuatu.
  • Pengertian dari segi istilah Ilmu Tajwid: Menukarkan lafaz nun sukun atau tanwin kepada lafaz mim lalu diikhfa’kan (disembunyikan) di sisi huruf ba’ serta mengekalkan sifat dengungnya.
  • Huruf: (1) - ب
  • Contoh:



Rumusan:

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...